Sekarang ni boleh dikatakan bahawa kereta menjadi keperluan yang sangat penting buat semua orang, lagi-lagi bila sudah berkeluarga. Manakan tidak, sebarang pergerakan atau urusan akan menjadi lebih mudah bila adanya kereta sendiri.
Pun begitu, peningkatan jumlah kereta di jalan raya juga sememangnya memberikan impak yang buruk kepada alam sekitar. Bahan api berlebihan yang digunakan untuk menghidupkan kereta boleh menjadi salah satu faktor yang menyebabkan berlakunya pencemaran udara. Mungkin masalah ini dirasakan tidak penting namun ia menentukan kelestarian alam sekitar pada masa hadapan.
Sehubungan dengan itu, kebanyakan pengeluar kereta telah mula mengorak langkah membangunkan teknologi yang lebih ‘mesra alam’. Maka terhasillah kereta berteknologi hibrid yang menggunakan dua atau lebih sumber tenaga untuk menggerakkan kenderaan tersebut.
Bagi yang sedang merancang untuk membeli kereta atau ingin upgrade kereta baharu, mungkin anda boleh mempertimbangkan kereta hibrid kerana ia mempunyai pelbagai keistimewaan. Jika merasa ragu-ragu, meh tengok lima sebab kenapa anda perlu miliki kereta berteknologi hibrid ini.
1. Selesa untuk dipandu sama seperti kereta konvensional

Meskipun mempunyai teknologi yang sangat berbeza dari kenderaan berkuasa petrol, anda masih boleh mengendalikan kereta hibrid dengan lancar. Bagaimanapun, pecutan bagi kereta hibrid kebiasaannya tidak terlalu laju kerana ia bukan dibangunkan untuk kelajuan.
Perbezaan antara kereta hibrid dan kereta biasa ialah pengguna tidak akan sedar jika enjin kereta dihidupkan kerana ia berfungsi dalam keadaan senyap. Ketika enjin dimatikan sepenuhnya dan berfungsi semula apabila anda menekan pemecut, kereta tersebut tidak akan membazir minyak atau mengeluarkan asap toksik.
Hibrid juga bergerak apabila bateri dan petrol boleh dicas semula dan bukannya menggunakan minyak semata-mata. Namun, peralihan kuasa antara enjin pembakaran dalaman dan motor elektrik adalah sangat lancar sehingga anda berkemungkinan akan terlupa mengenai teknologi canggih yang menggerakkan kereta itu di atas jalan raya.
2. Jimat minyak, boleh capai 885 km setiap pengisian

Tentulah ini menjadi salah satu faktor utama yang memikat pengguna untuk membeli kereta hibrid ini kerana ia dapat menjimatkan duit yang selama ini ‘dilaburkan’ kepada minyak.
Untuk pengetahuan anda, kereta hibrid boleh bergerak sejauh kira-kira 885.1 km bagi setiap pengisian. Ia dapat mengurangkan ‘lawatan’ anda ke stesen minyak, sekaligus menjimatkan masa serta wang anda.
Di samping itu, ia juga menggabungkan kebaikan enjin pembakaran dalaman dan motor elektrik yang ‘menawarkan’ kecekapan bahan api yang lebih baik. Kaedah brek regeneratif yang digunakan pada kereta hibrid juga menunjukkan baterinya mengecas sendiri dan tidak perlu dipasang.
3. Bersama-sama melindungi alam sekitar

Seperti yang dinyatakan di atas, hibrid boleh membantu mengurangkan pencemaran berbanding kereta biasa. Secara purata, kereta hibrid kompak menghasilkan 36% kurang pelepasan asap.
Demi memberikan yang terbaik untuk generasi akan datang, memandu kereta hibrid merupakan salah satu cara yang baik untuk mengekalkan ‘kesihatan’ alam sekitar dan memberikan manfaat kepada anak-anak di masa depan.
4. Sangat sesuai untuk keluarga
Bagi yang belum tahu, terdapat banyak kenderaan hibrid yang sesuai untuk membawa seisi keluarga dengan selesa. Kebanyakan pengeluar kereta hibrid ini bukan sahaja menawarkan kecekapan bahan api yang unggul dan prestasi yang mantap tetapi mereka juga menawarkan ciri-ciri kenderaan yang mesra keluarga.
5. Jadi trendsetter
Boleh dikatakan bahawa memandu kereta hibrid pada ketika ini adalah sesuatu yang sangat eksklusif sehingga boleh menjadi perbualan dalam kalangan orang disekeliling anda.
Dengan adanya pelbagai teknologi yang canggih dan sistem enjin yang lebih baik, anda akan mendapat pengalaman pemanduan yang mengujakan.
Jadi anda tak perlu lagi merasa ragu-ragu dan buntu kerana kereta hibrid boleh menjadi salah satu daripada penyelesaian kepada masalah pencemaran udara yang berlaku di negara ini dan juga dapat mengurangkan kos minyak yang ditanggung selama ini. Kalau masih lagi tercari-cari kereta hibrid yang sesuai untuk anda dan seisi keluarga, Toyota Corolla Cross Hybrid yang baru dilancarkan ini adalah jawapannya.
Untuk pengetahuan anda, Toyota mempunyai pelbagai jenis kereta hibrid Elektrik Hibrid (HEV) dan Kenderaan Elektrik Hibrid Plug-In (PHEV). Menariknya, kereta hibrid yang dikeluarkan oleh Toyota boleh mengecas bateri sendiri disebabkan oleh proses yang dipanggil ‘brek penjanaan semula’ yang menggunakan tenaga kitar semula yang didapati daripada brek untuk mengecas semula bateri elektrik.
Apa yang menarik pada Toyota Corolla Cross Hybrid?
Dilengkapi dengan platform Toyota New Global Architect (TNGA), model terbaru dari Toyota ini adalah sebahagian daripada strategi mereka untuk meneutralisasikan karbon bagi mengurangkan pelepasan karbon dioksida sebanyak dan secepat mungkin. Toyota Corolla Cross Hybrid juga boleh menjadi pemangkin kepada pembuatan kenderaan cekap tenaga/ energy efficient vehicle (EEV) di Malaysia pada masa akan datang.
Tidak cuma itu, pengguna juga akan mendapat jaminan kenderaan lima tahun dari tarikh pendaftaran dengan jumlah batuan tanpa had.
Lebih menarik, jaminan lapan tahun dari tarikh pendaftaran pertama dengan jumlah batuan tanpa had pula meliputi bateri kenderaan hibrid elektrik, penyongsang dan ECU kawalan pengurusan kuasa. Jaminan hibrid elektrik ini boleh dilanjutkan sehingga dua tahun lagi.
Lima kelebihan Corolla Cross Hybrid
- Kelas kenderaan
- Ruang yang selesa
- Boleh dipandu dengan selesa
- Mempunyai ciri lanjutan
- Mempunyai ciri keselamatan lanjutan
Tak dinafikan lagi, Toyota sememangnya menjadi jenama kenderaan yang sentiasa mendapat perhatian ramai. Ia merupakan perintis dalam teknologi hibrid dan sentiasa mencipta inovasi serta mempunyai penyelesaian yang mampan untuk generasi akan datang.
Jadi apa tunggu lagi? Anda perlu miliki Toyota Corolla Cross Hybrid ini untuk merasai sendiri perbezaannya dengan kereta berkuasa petrol sepenuhnya.
Apa macam? Berminat tak? Apa pun jom cuba ‘usyar’ kat SINI dulu untuk tengok apa lagi yang menarik ada pada kereta hibrid ini.