Sukan badminton merupakan salah satu sukan yang digemari oleh rakyat Malaysia. Jika bercakap saja tentang badminton, lebih-lebih lagi tentang anak-anak Sidek, sudah pasti ramai yang mengenalinya. Antara anak Sidek yang begitu terkenal dan juga merupakan antara lagenda dalam arena badminton negara adalah Datuk Mohmed Misbun Sidek.
Pencapaiannya dalam sukan badminton tidak perlulah dipersoalkan lagi. Beliau bukan sahaja seorang pemain yang pernah membanggakan nama negara ketika bertanding di eranya, malahan beliau juga merupakan seorang jurulatih yang sangat hebat.
Buktinya adalah apabila beliau berjaya melahirkan seorang bekas pemain badminton nombor 1 dunia dan juga lagenda badminton negara yang bernama Datuk Lee Chong Wei.
Pasti ramai rakyat Malaysia yang merindukan aksi Datuk Misbun beraksi di dalam gelanggang bukan?
Kalau rindu, jangan risau. Ianya kerana pada baru-baru ini Datuk Misbun ada berkongsikan video di mana beliau sedang melatih seorang pemain teknik menyerang dan bertahan di dalam gelanggang.
“MY PRACTICE: Fast full court attacking and front defence“, tulisnya di Twitter.
Apa yang menariknya dalam video tersebut adalah, walaupun umurnya kini telah mencecah 61 tahun, beliau dilihat masih lagi mempunyai ‘sentuhan’ dan ketangkasan yang ada pada golongan muda.
Video aksinya bertarung dengan pemain tersebut lantas menjadi tular di media sosial. Sehingga kini, ianya telah ditonton lebih 200 ribu kali.
MY PRACTICE: Fast full court attacking and front defence. pic.twitter.com/FIkVOTBAKr
— Misbun Sidek (@misbunsidek) February 6, 2022
Video berdurasi 28 saat itu telah mendapat perhatian warganet di Twitter. Rata-rata warganet berasa kagum melihat aksi yang ditunjukkan oleh Datuk Misbun Sidek yang tidak kena dengan usianya.
Sumber: Twitter