Siakap Keli

(Video) Tular Besi Panjang ‘Gergasi’ Tepi Jalan Cetus Tanda-tanya Netizen

Penemuan misteri acap kali berlaku sama ada di luar mahupun dalam negara. Akan sentiasa ada individu memuat naik penemuan-penemuan pelik dan misteri di laman media sosial mereka.

Terbaru, menerusi video Tiktok Miss Sue, kelihatan satu bentuk besi konkrit yang panjang berada di tepi jalan menjadi tanda tanya. Dalam perkongsian itu, Miss Sue menulis kapsyen berbunyi;

“Sumpah aku nak tau sangat, kat Jabor ni, apa benda ni weh? Siapa tau?”

Berdasarkan video tersebut, besi konkrit yang panjang itu berbentuk lebih kurang segi empat, namun panjangnya pula tidak dapat dikenal pasti. Ia juga didirikan di atas ‘kaki’ yang menampung berat bebannya.

Nak tahu dengan lebih lanjut? Jom saksikan video oleh Miss Sue di bawah ini.

@misssuemusa

sumpah ak nak taw sgt,,kt jabor nie,,ap bende nie wehh? sape taw?

♬ original sound – Miss sue (Samonelia) – Miss sue (Samonelia)

Apa kata netizen

Mengeksplorasi ruangan komen, rata-rata netizen memberi reaksi berbeza berdasarkan apa yang mereka lihat. Ada yang beri penjelasan dan ada juga yang cuba melawak untuk menghiburkan netizen lain.

Namun terdapat seorang individu yang menyatakan bahawa itu adalah mesin batu arang yang akan bawa ia terus ke Mckip. Beliau yang mendakwa dirinya bekerja di situ dari awal hinggalah projek tersebut selesai.

“Itu mesin batu arang….”

 

“Conveyor belt..”

“Saluran paip dari Kuantan….”

Namun tidak kurang juga ada yang sempat menyelitkan komentar lawak mereka.

“Jalan orang bunian”

 

Jejantas pesakit COVID19

Sumber: Tiktok Miss Sue

Faiz Mustafa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.