Siakap Keli
TikTok: @resep_debm

(Video) Warganet ‘Bengang’, Lelaki Tunjuk ‘Tutorial’ Goreng Telur Hasilnya ‘Mengecewakan’

Video tutorial adalah sebuah penjelasan oleh seorang tutor tentang sesuatu yang tersedia dalam bentuk video. Tujuan video tutorial adalah untuk memberi tunjuk ajar dan mendorong penonton untuk melakukan sesuatu perkara.

Namun, berbeza pula dengan satu video tutorial berkenaan cara memasak telur ini. Ianya kerana hasilnya telah mengecewakan ramai warganet.

Dalam video yang dimuat naik oleh pemilik akaun @resep_debm itu, dapat dilihat seseorang sedang menggoreng telur. Bukan telur goreng biasa, tetapi goreng telur dengan menggunakan acuan.

Pada mulanya dia meletakkan acuan berbentuk burung hantu di tengah, kemudian menutup acuan dengan mangkuk. Selepas itu, pukul empat biji telur di tepi mangkuk dengan teliti dan kemudian masukkan perencah rasa. Selepas telur separuh masak, mangkuk tadi dibuka.

Seterusnya, dia memasukkan semula telur ke dalam bekas acuan dengan kuning telur di bahagian mata burung hantu. Selepas semuanya dicetak kemas dan sudah cukup rasa, dia mengeluarkan acuan.

Bagaimanapun, pada penghujung video tersebut, telur itu diratakan dan dipotong menjadi segi tiga. Bukan itu sahaja, bentuk burung seperti muka burung hantu itu juga tidak kelihatan langsung.

Video tersebut sudah pastinya menimbulkan kemarahan warganet dan meninggalkan komen. Anda boleh tonton video di bawah ini.

@resep_debm

Makan telur untuk tetangga

♬ original sound – @resep_inspirasi_debm – @resep_inspirasi_debm

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 20.4M tontonan dan 460.5k tanda suka. Bagaimanapun, rata-rata warganet agak kecewa dengan penghujung video tersebut.

Sumber: Suara.com, TikTok

Aireena Marizan

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.