Siakap Keli
Gambar hiasan via Bernama

“Bagilah Betul-Betul Peluang Kepada Yang Boleh Menyanyi” – Datuk AC Mizal Luah Rasa Kesal

Semakin hari lambakan penyanyi dalam industri muzik di negara ini semakin giat berkembang. Jika dulu mereka lahir dari program realiti, namun kini kebanyakannya muncul di media sosial yang ternyata lebih ‘mega’ dunianya.

Secara luarannya, mereka mungkin boleh menjadi terkenal hanya melalui populariti dan publisiti. Namun bagi pandangan pakar industri muzik tanah air, perkara asas yang paling utama sebenarnya ialah BAKAT.

Inilah hal yang diluahkan oleh pengacara yang cukup terkenal di pentas program realiti, Datuk AC Mizal. Tidak pasti apa yang ‘berlaku’, Datuk AC Mizal meluahkan ‘sesuatu’ di laman Facebooknya malam ini.

“Bagilah betul-betul peluang kepada yang boleh menyanyi. Kenapa sekarang nak sangat nak jadi viral dengan perkara negatif, hmm malu woi!

“Betul-betul merosakkan industri. Kita sedang membunuh industri (nyanyian) kita dengan kebodohan ini!

“You belanja berjuta-juta untuk satu persembahan dan yang orang ingat adalah penyanyi sumbang! Fuh tak fikir ROI ke? Rosak branding!

“Yang nyanyi sumbang pun sedar tak awak dijadikan bahan lawak? Keturunan you tak malu ke?” luahnya bernada geram di Facebook malam ini.

Sumber: Facebook Dato Ac Mizal

 

Faiz Mustafa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.