Hari ini, kita dapat lihat penyanyi-penyanyi baru yang menaikkan nama mereka dengan hanya melalui media sosial sahaja. Tanpa bertanding dan tanpa diberikan penilaian dari tempat duduk juri, mereka sudah mampu menjadi seorang yang terkenal.
Kepada mereka yang sudah dianugerahkan suara yang merdu atau ‘basic’ dalam nyanyian, mungkin tidak menjadi masalah untuk mereka. Namun, jika dalam sesebuah rancangan atau petandingan yang memerlukan penilaian dari pihak juri? Bagaimana cara menilai dengan betul?
Umumnya, di Malaysia, sesebuah pertandingan nyanyian akan diadili oleh juri-juri. Namun, lain pulak di Jepun, khabarnya mereka menggunakan sebuah teknologi untuk menilai nyanyian seseorang.
Melalui laman Facebook wanita Malaysia yang menetap di Jepun iaitu Zunita Ramli, beliau kongsikan cara orang jepun menilai nyanyian seseorang dari segi teknik dan sebagainya menggunakan mesin dan teknologi tersebut.
Ikuti perkongsian beliau di bawah dan moga bermanfaat.
Cara orang Jepun menilai sesebuah persembahan nanyian oleh penyanyi
Macam mana nak tentukan markah nyanyian seseorang tu betul-betul dinilai melalui teknikaliti nyanyian dia, bukan pengaruh faktor lain?
Di Jepun, terdapat rancangan nyanyian diadili oleh mesin.
Mesin ni bukan sebarang mesin lah, ia adalah “artificial intelligence” atau juga dikenali sebagai AI, yang mana nyanyian seseorang tu diadili dari sudut teknikaliti, pitching, dan segala yang berkaitan lah dengan teknikal nyanyian tu sendiri.
Markah akan diberikan oleh mesin AI dan analisis suara akan diberikan sejurus selepas nyanyian. Markah yang menghampiri 100.000 dikira “perfect” dan analisis suara yang menghampiri “perfect pentagon” adalah paling sempurna teknikaliti nyanyian tersebut.
Nampak bestlah kan sebab teknikaliti nyanyian dinilai dengan tepat, tak ada bias atau “markah kesian”.
Tapi kelemahan AI ni adalah, kalau penyanyi tu nyanyi dengan lenggok dia tersendiri, AI akan detect sebagai “missing notes” dan ini akan mengurangkan markah penyanyi tersebut.
Jadi untuk rancangan nyanyian professional macam AJL contohnya, saya kira gabungan mesin AI dan juri professional adalah sesuatu yang baik untuk digunakan.
Begitulah.
Sumber: Facebook Zunita Ramli