Siakap Keli

Kenapa Hatchback Ada Wiper Belakang Tapi Kebanyakan Kereta Sedan Tak Ada? Ini Jawapannya

Sebagai pengguna jalan raya, pernah tak kita terfikir kenapa kereta ‘hatchback’ mempuyai pengelap cermin belakang tetapi kereta sedan tak ada? Perasan tak kebanyakkan kereta sedan tidak dilengkapi dengan fungsi ini.

Bagaimanapun banyak teori dan pandangan daripada internet yang berlegar-legar hingga mencetus ‘alasan’ yang tidak munasabah. Jadi, hari ini SK nak kongsikan beberapa sebab paling rasional untuk korang semua.

Mengapa kebanyakan sedan tidak ada pengelap cermin belakang tetapi hatchback ada?

1. Aliran udara

Bentuk kereta sedan yang panjang lebih dan terbuka membantu untuk melancarkan laluan angin manakala hatchback pula lebih berbentuk kepada bulat dan cermin belakang agak menegak dan terdedah dengan kotoran habuk. Jadi salah satu fungsi pengelap cermin belakang ini adalah untuk membersihkan kotoran pada cermin belakang.

2. Aliran air hujan

Selain itu, cermin belakang kereta sedan dikatakan lebih landai berbanding cermin kereta hatchback. Hal ini menunjukkan bahawa air hujan akan jatuh dan terus mengalir, jadi tidak ada habuk yang akan melekat pada permukaan cermin.

Manakala, air hujan tidak dapat mengalir sendiri kerana angin menolak titisan air ke arah cemin belakang kereta hatchback yang lebih tegak.

3. Faktor rekaan

Rekaan belakang sebuah sedan juga menyukarkan pengeluar untuk meletakan pemegang pengelap cermin belakang seperti yang ada pada rekaan hatchback. Jadi, pengeluar berkemungkinan terpaksa mengeluarkan modal yang untuk menghasilkan fungsi yang dilihat tidak perlu pun untuk sebuah sedan.

4. Reka bentuk ‘boot’ belakang

Jika korang perasan, reka bentuk dan ruang boot belakang kereta sedan sangat jauh beza dengan hatchback. Jika kereta sedan wujud pengelap cermin belakang ia kemungkinan menghalang untuk boot di buka berbanding hatchback yang direka khas cermin belakang bersama boot.

Tetapi kenapa ada setengah kereta sedan yang ada pengelap cermin belakang juga?

Alasannya seperti di atas kerana jawapan untuk persoalan ini sebenarnya pelbagai. Hakikatnya tidak ada masalah untuk sebuah kereta sedan memasang pengilap cermin belakang. Ia bergantung pada versi kereta dan sesebuah negara.

Sumber: CarfromJapan

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.