Tular sebuah video di laman Tiktok yang menunjukkan situasi ‘tegang’ apabila seorang jurunikah dari Indonesia bertanyakan beberapa soalan kepada pengantin lelaki sebelum melafazkan ijab kabul.
Menerusi video yang dikongsikan melalui akaun Tiktok @khalifastudios, seorang lelaki lengkap berpakaian pengantin berdepan detik mendebarkan apabila ditanya tentang satu doa sebelum bersama si isteri.
Difahamkan, sebelum meneruskan ijab kabul, jurunikah bertanyakan beberapa soalan dan nasihat kepada bakal ‘raja sehari’ tersebut. Jurunikah bertanyakan lagi sama ada pengantin lelaki sudah menghafal doa itu atau belum.
“Awali berdoa sebelum membuat, sudah hafal doanya, nak?… terus nanti bagaimana?”
Selepas soalan itu ditujukan, riak wajah sang pengantin terus berubah menahan ketawa dan agak malu apabila menjawab tidak pada soalan tersebut. Namun, apa yang menarik perhatian ramai apabila si pengantin tersebut dengan yakinnya menjawab hanya dengan ‘bismillah’.
Video dengan lebih 13 juta tontonan itu turut mendapat perhatian daripada warganet di ruangan komen.
@khalifastudios Semangat menuju halal lurr 🚀 #wedding #penghuluviral #weddingtiktok #nikah
Sumber: Khalifastudios