Siakap Keli

(Video) Buat Pertama Kali, Rakaman Buaya Kena Makan Sampai Tinggal Tulang Didedahkan

Sebuah kejadian berlaku apabila tiga ekor bangkai buaya dibaham oleh makhluk laut yang lain.

Menerusi sebuah rakaman video yang dimuat naik di Youtube LUMCON, bangkai buaya tersebut dilepaskan ke dasar laut untuk melihat tindak balas makhluk laut yang lain.

Apa yang lebih mengejutkan apabila mendapati bahawa reptilia tersebut dikatakan telah dibaham hanya dalam beberapa jam sahaja oleh spesis cacing baharu.

Berdasarkan laporan, buaya dipercayai sering ditemui mati di pantai atau di persisir pantai.

Jadi, pasukan saintis tersebut ingin mengetahui sama ada buaya tersebut boleh menjadi sumber makanan untuk organisma yan hidup berhampiran dasar laut.

Dalam rakaman video tersebut, bangkai buaya pertama telah dikerumuni oleh isopod gergasi berwarna merah jambu.

Hanya mengambil masa dalam tempoh 24 jam, haiwan tersebut berjaya makan semua daging bangkai tersebut walaupun kulit tebal.

Bangkai kedua pula hanya mengambil masa kira-kira 51 hari dan cuma tinggal tengkorak dan tulang belakang buaya.

Namun, saintis mendapati terdapat satu spesis baru dan pertama kali dijumpai di teluk Mexico, iaitu cacing zombi daripada keluarga Osedax.

Bagi bangkai ketiga pula, hasil kajian mendapati bahawa bangkai tersebut hilang dibawa oleh spesis yang tidak diketahui identitinya selepas diperhatkan semula pada lapan hari kemudian.

Para saintis dari LUMCON memberitahu bahawa tali yang mengikat beban pada bangkai tersebut telah putus.

Kata mereka, melihat berat bangkai dan kekuatan gigitan untuk memutuskan tali, para saintis menjangkakan bahawa ia dilakukan sama ada oleh jerung Greenland atau sixgill.

Sumber : Newsweek

Fathin Nadzira

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.