Siakap Keli
Gambar hiasan via Bernama

Awas, Ribut Petir & Hujan Lebat Diramal Landa 13 Negeri Termasuk KL Hingga 8 Malam Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) setakat kemaskini jam 4:50 petang tadi mengeluarkan amaran hujan lebat dan ribut petir yang dijangka melanda beberapa negeri di Malaysia hingga jam 8 malam ini.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), antara kawasan yang dijangka terlibat adalah di seluruh negeri Perlis. Manakala di Kedah hanya melibatkan kawasan Kubang Pasu, Kota Setar, Yan, Pendang, Kuala Muda, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.

Selain itu, seluruh kawasan di Pulau Pinang dan Perak dijangka mengalami hujan dan ribut petir.

Bagi negeri Pahang pula melibatkan satu kawasan sahaja iaitu di Tanah Tinggi Cameron. Manakala seluruh kawasan di Selangor, WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka dijangka akan mengalami ribut petir.

Beralih ke negeri Sarawak pula, kawasan yang dijangka terlibat adalah Kuching, Serian, Samarahan (Simunjan), Sri Aman, Betong (Betong dan Saratok), Sarikei, Sibu, Mukah, Bintulu (Tatau dan Sebauh), Miri (Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang.

Manakala di Sabah pula, melibatkan kawasan Pedalaman (Kuala Penyu, Beaufort dan Tambunan), Pantai Barat, Sandakan (Tongod, Telupid dan Beluran) dan Kudat (Kota Marudi).

Beralih ke negeri Johor, beberapa kawasan ini dijangka akan mengalami ribut petir iaitu di kawasan Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru.

Bagi negeri-negeri yang dijangka terlibat dengan ribut petir dan hujan lebat, anda dinasihatkan untuk lebih berhati-hati dan terus berada di dalam rumah sekiranya tiada urusan di luar.

 

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia

Nadhirah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.