Satu megakomet sebesar saiz sebuah planet kecil telah dijumpai dan disahkan sebagai komet yang terbesar yang pernah dijumpai oleh para saintis.
Anggaran awal mendapati bahawa megakomet tersebut bersaiz antara 60 hingga 230 batu lebar.
Selepas pengiraan yang lebih teliti dilakukan mereka mendapati bahawa saiz megakomet tersebut ialah 85 batu lebar – jarak yang sama dari London ke Birmingham.
Siaz komet berkenaan dianggarkan lebih 10 kali ganda daripada saiz meteor dipercayai telah menghancurkan dinosaur lebih 65 juta tahun yang lalu.
Namun anda tidak perlu bimbang walaupun saiznya besar kerana orbitnya, Comet 2014 UN271 ini tidak akan pernah melepasi planet Zuhal, kira-kira 746 juta batu jauhnya.
Dr Emmanuel Lellouch dari Paris Observatory memberitahu New Scientist: “Kami telah mengesahkan anggaran itu. “Ia adalah komet terbesar dari Oort Cloud yang pernah ditemui.”
Dr Lellouch dan pasukannya menemui saiz sebenar dengan menggunakan Atacama Large Millimeter/submillimeter Array (ALMA) di Chile yang memeriksa sinaran yang dicipta oleh komet dan membenarkan mereka mengira luas permukaannya.
Sumber: Mirror