Bagi mereka yang mempunyai perniagaan sendiri mesti pernah alami masalah di mana sales bulanan sikit, kan? Ia sungguh memeritkan sebenarnya.
Selalu produk jualan dah gempak tetapi marketing pula mungkin ada masalah. Tetapi ada juga masa bila marketing dah okay tapi tetap sales tak naik-naik.
Mungkin marketing yang dikenakan itu tak kena cara atau mungkin sudah lapuk. Disebabkan itulah orang ramai mungkin tak berminat nak beli sesuatu produk itu.
Jangan risau, kini anda boleh ikuti satu perkongsian tips daripada seorang warga group Facebook GrabFood Vendor Malaysia Fazzal Azmi mengenai tips bagaimana untuk tingkatkan sales daripada RM500 ke RM20k dalam masa hanya 4 bulan.
Untuk ketahui dengan lebih lanjut, anda boleh ikuti perkongsian tips di bawah.
Semoga bermanfaat!
Dalam Masa Empat Bulan ‘Sales’ Perniagaan Cecah RM20k, Ikuti Perkongsian Tips Ini
Salam Semua
Kali ni saya nak share macam mana saya convert sales dari RM500 ke RM20k dalam masa 4 bulan. (Homebased)
Bulan pertama saya dapati sales saya amat teruk di mana saya hanya dapat sales sebanyak RM500 sahaja selepas ditolak commision based grab.
Jadi bulan kedua saya terpaksa tukar strategi di mana bila saya tengok-tengok kedai di Grab, saya dapati kelemahan saya ialah saya tiada review atau rating so pelanggan mungkin was was nak cuba kerana kedai baru.
So, saya pun mulakan dengan melakukan promotion iaitu sebanyak 10% discount untuk semua menu-menu saya (masa itu ada 5 menu sahaja dan semuanya based masak lemak salai). Dari situ saya nampak peningkatan sales yang amat ketara dan berjaya convert ke RM3,000 sales selepas ditolak commision Grab.

So bulan ketiga saya menurunkan segala promotion sales saya ke 5% diskaun untuk menu-menu saya dan saya tambahkan satu menu baru nasi goreng daging salai which is memang tak ada vendor lain yang jual nasi goreng daging salai macam saya. Dan nasi goreng saya memang saya buat portion yang banyak + daging salai yang banyak + telur mata (reason letak telur mata sebab ramai suka request free telur mata walaupun dah ada di add on untuk telur mata).
Saya pun mula la check insight untuk customer dan saya dapati saya dah ramai new customer + repeat customer. Saya punya ratio new customer mesti separuh adalah repeat customer. Dan bulan ke tiga saya dapat naikkan sales saya ke RM9,000 selepas tolak commision grab.
Bulan keempat saya tambah lagi dua menu iaitu daging salai ‘berlado’ dan ayam goreng ‘crispy berlado’ di mana yang saya nampak mostly pesaing-pesaing saya tak ada buat. Saya letak harga RM30 dan buat promotion untuk menu ini 30% discount dan saya dapat harga yang saya nak selepas tolak commision. Dan saya matikan promosi 5% dan 10% discount untuk semua menu-menu saya ya dan bulan itu sales saya cecah RM20k selepas tolak commision Grab. Saya juga running banner dengan meletakkan message 30% discount untuk menu terpilih
Selepas hampir 9 bulan Alhamdulilah saya ada ramai regular yang maintain beli kedai saya. Tapi sekarang saya pelbagaikan sedikit menu kerana saya dah build reputation yang baik dengan maintain rating 4.9 star dengan review hampir 600 customer. Saya pelbagaikan menu sebab saya nak grab customer yang order ramai-ramai jugak incase ada yang tak nak makan lemak ada menu lain.
So sekarang sales saya Alhamdulilah boleh maintain tanpa hotdeals and good day boleh dapat RM1.5k per day.
Tips:
- Jangan takut nak mulakan promosi. Kena ingat kita kedai baru dan tiada nama jadi nak tarik pelanggan kita kena buat promosi.
- Standard Operating Procedure (SOP) kena ketat seperti double check order dan sebagainya
- Makanan sebelum diberi pada rider haruslah rider menyebut nombor order untuk mengelakkan kesilapan main sapu order.
- Lekatkan nombor order di plastik kerana kadang-kadang rider ada buat delivery dari kedai lain takut tersalah order.
- Ambil review customer as positif vibes and keep improving.
- Grabs ads ni sangat padu kalau pandai guna.
- Kepada semua homebased anda pun boleh buat. Jangan kedekut running promosi. Ni saya tengok ada yang running hari ni esok dah nak sales padu2. Marketing ni take times kita bukan macdonalds atau kedai-kedai yang viral.

Sumber: Fazzal Azmi ‘Backyard Salai House’ melalui Group GrabFood Vendor Malaysia