Siakap Keli
Gambar via IG Mr. Purnawan

Peniaga Teruja ‘Giler’, Pelumba MotoGP Sepanyol Aleix Espargaro Datang Kedai Beli Kad Sim

Berikutan pertandingan perlumbaan MotorGP yang akan berlangsung di Indonesia, sudah pasti para pesertanya akan menjadi buah mulut orang ramai termasuklah pelumba dari Sepanyol, Aleix Espargaro.

Seperti kebanyakan orang lain yang berada di negara orang, Aleix juga memerlukan kad sim tempatan untuk digunakan sepanjang keberadaannya di negara itu.

Baru-baru ini, beliau mencuri perhatian warga Indonesia kerana dikatakan telah singgah di salah sebuah kedai telefon di pekan untuk membeli kad sim jenama tempatan.

Menurut Indo Zone, beliau datang ke kedai tersebut untuk membeli kad sim sewaktu sedang meluangkan waktu berbasikal mengelilingi kawasan di Lombok.

Namun apa yang menariknya, berbanding kebanyakan kedai telefon yang lebih ‘besar’, Aleix sebaliknya memilih sebuah kedai yang kecil dan ‘biasa-biasa’ saja ketika itu.

Peniaga teruja tak terkata Aleix datang ke kedainya

Gambar via IG Mr. Purnawan

Difahamkan, pemilik dan peniaga kedai tersebut yang menggunakan nama Instagramnya Mr. Purnawan adalah merupakan seorang peminat tegar Aleix.

Jadi kedatangan pelumba Sepanyol tersebut ke kedainya yang kecil lagi ‘biasa-biasa’ itu sudah tentulah membuatkan hatinya girang tak terkata.

Masakan tidak, selama ini hanya lihat di kaca skrin, tapi hari ini betul-betul bersemuka di depan mata!

Difahamkan, berikutan begitu teruja kedai kecil miliknya menjadi pilihan pelumba Sepanyol itu, Mr. Purnawan mengambil peluang bergambar dan memuat naik foto itu ke Insta Story.

Gambar via IG Mr. Purnawan

“Aleix Espargaro terlihat singgah di kedai tersebut dengan berpakaian lengkap sukan lumba basikal dengan topi keledar dan kaca mata berdasarkan rakaman oleh salah seorang pengguna akaun Instagram,” tulis Indo Zone.

Dalam masa sama, Aleix juga sempat beramah-mesra dengan penduduk setempat sambil bersiar-siar di beberapa kawasan di sekitar Lombok.

Menariknya, di akaun Instagram, beliau juga berkongsikan beberapa gambar seorang makcik yang sedang mengambil anaknya untuk pulang ke rumah.

Para pelumba ini dikhabarkan telah tiba di Lombok untuk menjalani latihan pramusim di Litar Mandalika, Lombok, Indonesia pada 11-13 Februari 2022. Mereka tiba pada Isnin lalu, 7 Februari 2022.

Untuk makluman, mereka terus ke Lombok, Indonesia setelah selesai menjalani latihan pramusim perdana MotoGP 2022 di litar Sepang, Malaysia pada 5-6 Februari.

Gambar via IG Mr. Purnawan

Sumber: Indo Zone

Faiz Mustafa