Siakap Keli
Gambar Hiasan: via Forbes, Science ABC

Ramai Tak Perasan, Bila Kita Tengok Bintang, Sebenarnya Kita Sedang ‘Tengok’ Masa Lepas

Korang tahu tak sebenarnya bila kita pandang langit untuk tengok bintang kita tengah tengok masa lalu? Saintis juga pernah berkata, jika makhluk asing yang berusia 65 juta tahun cahaya melihat Bumi menggunakan telescope berkuasa luar biasa, mereka mungkin boleh nampak dinasaur.

Mustahil? Pasti ada yang terkejut mendengarkan fakta yang sebenarnya tidaklah baharu ini, bukan?

Persoalan ini telah menimbulkan isu menarik berkenaan melihat masa lalu.

Kita semua pernah belajar berkenaan orbit, bintang, bulan, dan matahari dalam matapelajaran Sains di sekolah dahulu.

Justeru itu, kita semua pasti sudah maklum seberapa lajunya pergerakan cahaya tersebut sehingga memakan masa bertahun-tahun.

Cahaya bergerak selama 3, 000, 000 km setiap saat. Pergerakan yang sangat pantas, sangat pantas sehingga tidak tercapai dek akal fikiran manusia. Tapi itulah hakikatnya.

Kerana itulah apabila anda membuka suis lampu, cahaya daripada lampu akan keluar dengan serta-merta dan menerangi kawasan yang gelap. Dalam kata lain anda tak perlu untuk ‘menunggu’ cahaya sampai kepada anda dan memenuhi sesuatu tempat yang gelap itu.

Walaupun begitu, lain pula halnya dengan Matahari. Matahari terletak sangat jauh daripada Bumi, sekurang-kurangnya sejauh 150 juta km. Sinaran cahaya daripada matahari perlu menempuhi jarak ini sebelum cahayanya sampai ke Bumi. Mengambil kira kelajuan cahaya, perjalanan ini mengambil masa selama 8 minit untuk sampai ke Bumi.

Ini menajdikan apabila kita memandang ke langit dan melihat matahari, kita bukanlah melihat matahari yang ‘sekarang’ tapi matahari 8 minit yang lalu. Hal ini kerana, seperti yang sudah diterangkan di atas, sinaran cahaya yang sampai yang kita lihat itu mengambil masa 8 minit untuk sampai ke Bumi.

Seterusnya, cahaya bagi bintang pula adalah berlainan mengikut jenis bintang. Disebabkan saiz alam semesta yang terlalu luas dan kedudukan bintang-bintang yang terlalu jauh dari kita, maka ada yang mengatakan apabila kita memandang ke langit kita sebenarnya sedang melihat masa lalu.

Apa yang dikatakan adalah satu metafora untuk mengambarkan berapa lamanya pergerakan yang diambil oleh cahaya untuk sampai pada penglihatan kita di atas Bumi ini. Ia tidaklah secara harfiah bermaksud yang kita sedang menjelajah masa lalu atau masa hadapan pun.

Sebagai contoh bintang Sirius yang mengambil masa selama 8.6 tahun kebelakang. Ini bermakna cahaya dari bintang Sirius yang kita lihat telah melalui sebuah perjalanan selama 8.6 tahun.

Semakin jauh objek yang anda lihat, kesannya menjadi semakin besar. Bintang Big Dipper mengambil masa antara 60 sehingga 125 tahun cahaya untuk sampai ke Bumi. Jadi apabila anda melihat Dubhe, bintang yang berbentuk ‘mangkuk’ kepada Dipper itu, anda mungkin sedang melihat cahaya sebelum anda dilahirkan.

Sumber: Forbes, Science ABC

Zahirah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.