Kehilangan transmisi manual pada kereta menjadikannya kelihatan seperti pengakhiran bagi pengguna pedal ketiga. Tambahan pula, sesetengah kereta manual moden, seperti yang ditawarkan oleh Hyundai, tidak mempunyai pedal klac.
Baru-baru ini, Ford pula menawarkan kereta yang mempunyai paten penghantaran manual baharu yang tidak memerlukan lagi penggunaan pedal klac.
Menerusi laporan The Drive, Ford juga dikatakan bakal melakukan perkara yang sama apabila pemfailan paten menunjukkan Ford telah memikirkan gaya baharu dengan hanya menggunakan input tangan.
Walau bagaimanapun, pengguna masih boleh memasukkan pedal kaki jika ada yang ingin menggunakannya.
Perkara tersebut didedahkan dalam permohonan paten yang difailkan oleh Ford kepada Pejabat Paten dan Tanda Dagangan (USPTO) Amerika Syarikat pada Disember 2018.
Akan tetapi, menurut laporan, kandungan dokumen tersebut hanya diterbitkan pada November lalu dan ditemui oleh Muscle Cars & Truck (MC&T) pada bulan ini.
Apa Yang Ford Tawarkan Untuk Paten Tersebut?
Paten tersebut dinyatakan memiliki transmisi manual dengan (satu) klac elektrik, di mana klac akan melepaskan hidraulik yang diberi tekanan oleh silinder induk dan dikendalikan oleh penggerak elektronik.
Penggerak tersebut akan menerima isyarat sama ada daripada penderia tekanan pemindah corak H atau daripada ‘override‘ yang dipasang pada pedal klac secara elektronik.
MC&T dipercayai membuat spekulasi mekanisme tersbeut boleh digunakan dalam Mustang S650. Ia adalah mekanisme yang jauh lebih kompleks daripada sistem klac hidraulik tradisional.
Menurut laporan, ia berkemungkinan akan meningkatkan kos, merumitkan perkhidmatan dan akan mengurangkan kebolehpercayaan.
Namun, kelebihannya boleh dilihat seperti menjadikan operasi transmisi manual lebih didekati atau lebih serasi dengan sistem hibrid. Sama seperti yang dikhabarkan untuk generasi Mustang seterusnya.
Mekanisme klac elektro hidraulik jika digunakan dalam Mustang hibrid, mekanisme klac elektro-hidraulik boleh mengautomasikan penglibatan.
Tambahan pula, motor gandar hadapan akan membantu semasa kereta bergerak. Kelebihan ini amat berguna sekirangnya Mustang seterusnya mempunyai sistem berhenti-mula.
Ford juga dikatakan ada mencadang lebih daripada beberapa paten. Namun, pemerhati masih menunggu keputusan rasmi yang dikeluarkan berkaitan perincian Mustang seterusnya.
Sumber : The Drive