Bila menyusuri jalan-jalan di Malaysia, mesti kita perasan nama-nama jalan yang pelbagai dan ada juga yang unik sampai nama jalan tu boleh melekat dalam kepala kita.
Bermula dari nama-nama tokoh, tumbuh-tumbuhan, sampailah buah-buahan, semua nama ni pernah kita jumpa di papan tanda jalan di negara ini.
Selain itu, ada juga nama-nama negeri yang diabdikan sebagai nama jalan di Malaysia seperti Jalan Pahang, Jalan Sarawak, Jalan Johor dan sebagainya.
Kalau korang nak tahu, nama jalan yang diambil dari nama negeri-negeri di Malaysia ni bukan ada di negara kita je tau, tapi di negara jiran pun ada. Nama jalan dari nama negeri-negeri di Malaysia ni berada tak lain tak bukan di negara serumpun kita iaitu Indonesia.

Di Indonesia, tepatnya di kota Surabaya, terdapat nama jalan yang sama dengan nama-nama negeri di Malaysia. Melalui visual dari Google Maps, dapat dilihat beberapa batang jalan yang diberi nama negeri seperti Jalan Selangor, Jalan Pahang, Jalan Johor dan Jalan Kelantan.
Sementara itu di Jakarta, nama jalan yang diinspirasikan dari nama pahlawan legenda Melayu turut terdapat di negara jiran ini. Nama-nama jalan ini termasuk Jalan Hang Tuah, Jalan Hang Jebat dan Jalan Hang Lekiu.

Tak sangka betul di negara Indonesia pun ada nama-nama jalan yang sama dengan jalan-jalan di Malaysia. Lepas ni kalau ada kawan-kawan yang sebut nama jalan ni, jangan lupa double check, nanti tersalah negara pulak!
Sumber: Google Maps