Siakap Keli

(Video) Tak Perlu Bayar Mahal-Mahal, Ikuti Tips ‘Neck Hump’ Ni Untuk Betulkan Balik Tulang Belakang

Pasti ada dalam kalangan kita yang mengalami masalah ‘neck hump’ atau benjolan yang terdapat pada bahagian belakang leher. Tidak dinafikan, masalah ini sedikit sebanyak mengganggu ‘posture’ badan anda.

Namun, sekarang sudah banyak pusat rawatan yang menawarkan perkhidmatan membetulkan tulang belakang atau apa sahaja menggunakan teknik rawatan ‘bunyikan tulang’. Tapi pastinya ia memerlukan kos sama ada mahal atau murah saja.

Walau bagaimanapun, menerusi video Tiktok Dr. Cracks, beliau kongsikan cara untuk mengatasi masalah ‘neck hump’ yang korang boleh buat di rumah sahaja. Ikuti tiga langkah mudah di bawah untuk betulkan balik tulang belakang anda.

1. Kuncikan tangan kiri dan tangan di belakang leher anda.

2. Berdiri lebih kurang 1 kaki jarak menghadap dinding.

3. Letakkan kedua-dua belah siku pada dinding, lentikkan badan ke atas dan tahan selama 30 saat.

Ulang langkah tersebut lima kali sehari. Untuk gambaran yanh lebih jelas dan teliti, sila tonton video yang kami kongsikan di bawah.

@dr.cracks

Neck Hump? Try this & share with someone that needs it! #neckhump #hunchback #neckpain #backpain #healthtok #learnontiktok #spinehealth #healthtips

♬ original sound – mertsanimes

Sumber: Tiktok Dr. Cracks

Faiz Mustafa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.