Siakap Keli

(Video) Wanita Pesan Air Ais Limau Tapi Terkejut Dapat Perisa ‘Jentik-Jentik’ Hidup

Rakaman video yang menunjukkan terdapat jentik-jentik di dalam minuman yang dipesan oleh seorang wanita, menjadi tular di media sosial baru-baru ini.

Video yang dimuatnaik di akaun TikTok @s4ulberulah itu mendapat perhatian warganet berikutan beberapa ekor jentik-jentik itu dilihat masih hidup dan bergerak-gerak di dalam air minuman tersebut.

Menerusi video, wanita tersebut menunjukkan segelas limau ais yang dipesannya di sebuah gerai.  Minuman berwarna kuning dengan ketulan ais di dalamnya dilihat masih penuh dan belum diminum.

Sekali pandang, limau ais tersebut seakan air biasa sahaja. Namun, apabila dilihat secara teliti, jelas menunjukkan beberapa ekor jentik-jentik sedang bergerak aktif di dalam minuman.

Setakat ini, video berkenaan telah meraih 700 ribu tontonan dan dibanjiri pelbagai komen oleh warganet. Ada yang berseloroh dengan mengatakan jentik-jentik itu adalah ‘topping tambahan’ kepada minuman tersebut. Jom kita lihat beberapa komen daripada netizen.

Kredit: Tiktok @s4ulberulah
Kredit: Tiktok @s4ulberulah
Kredit: Tiktok @s4ulberulah

Tak dapat dibayangkan jika wanita tersebut minum tanpa menyedari kehadiran jentik-jentik tersebut. Jom tengok video kat bawah ni!

@s4ulberulah

mana pas haus banget lagiiii😭😭😭 #fypシ #fyp

♬ suara asli – jasjus dust – jasjus dust

 

Sumber: Tiktok @s4ulberulah dan BeritaHits.Id

Akhmar Ikmal

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.