Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebentar tadi telah mengeluarkan amaran ribut petir serta hujan lebat yang dijangka membadai beberapa buah negeri sehingga jam 6 petang ini.
Amaran yang dikeluarkan pada pukul 2:25 petang tadi menunjukkan terdapat empat buah negeri dan beberapa kawasan yang dijangka terlibat.
Antara kawasan yang dijangka terlibat adalah di negeri Perak, iaitu di Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak dan di negeri Selangor, iaitu di Sabak Bernam.
Beralih ke negeri Sarawak antara kawasan Kuching (Bau dan Kuching), Serian, Samarahan, Betong, Sarikei, Sibu (Sibu dan Selangau) dan Mukah. Manakala di negeri Sabah pula, kawasan dijangka terlibat adalah Pedalaman (Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat, Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Tongod, Telupid, Kinabatangan dan Beluran) dan Kudat (Kota Marudu).
Bagi negeri-negeri yang dijangka terlibat dengan ribut petir dan hujan lebat, anda dinasihatkan untuk lebih berhati-hati dan terus berada di dalam rumah sekiranya tiada urusan di luar
#ributpetirmetmalaysia#MenangBersama#LindungDiriLindungSemua#metmalaysia pic.twitter.com/jrMWIgdMUU
— Jabatan Meteorologi Malaysia (@metmalaysia) February 10, 2022
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia