Siakap Keli

Mahu Jaga Kedaulatan Negara, Indonesia Dilapor Beli 42 Jet Tempur Canggih Rafale Dari Perancis

Menteri Pertahanan Perancis, Florence Parly mengesahkan bahawa Indonesia akan memesan 42 jet pejuang Rafale pada 10 Februari 2022, iaitu pada hari Khamis, lapor Channel News Asia.

Kata Menteri Pertahanan Perancis, Florence Parly yang dalam perjalanan ke negara Asia itu, pesanan itu akan menjadikan Indonesia sebagai negara kedua di rantau ini yang menggunakan jet yang dihasilkan oleh Dassault Aviation.

Menurut Dassault Aviation, perjanjian itu menandakan permulaan perkongsian jangka panjang dan boleh meningkatkan kehadirannya dengan pantas di Indonesia.

Perjanjian tersebut didakwa telah dibuat ketika di Paris, yang dilihat sebagai kuaasa maritim global dan berusaha untuk mengembangkan hubungan geopolitiknya di Indo-Pasifik.

Tujuan perjanjian itu dilakukan sebagai bertindak balas terhadap penciptaan pakatan strategik baharu antara Amerika Syarikat, Britain dan Australia.

“Indonesia juga komited untuk bekerjasama dengan industri kami dalam sektor kapal selam,” jelas Parly.

Beliau juga dipercayai merujuk kepada kawasan yang dianggap sensitif selepas Australia membatalkan perjanjian berbilion dolar melibatkan kapal selam pada tahun lalu hingga menyebabkan keretakan diplomatik besar.

Ulas beliau lagi, perkongsian strategik tersebut dapat memberi manfaat dalam mempertingkatkan lagi hubungan pertahanan mereka.

Sumber : Channel News Asia

Fathin Nadzira

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.