Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar dilapor sah positif Covid-19. Hal itu disahkan melalui ciapan yang dikongsikan di laman Twitter beliau hari ini.
Jelas perkongsian itu, Nurul Izzah mengetahui keputusan ujian COVID-19 setelah beliau menjalani ujian polymerase chain reaction (PCR).
“Saya telah menerima ujian laporan PCR yang menunjukkan saya positif COVID-19, namun memandangkan kami sudah menjalankan kuarantin kendiri semenjak 6 Februari, kami akan meneruskan Home Surveillance Order (HSO) dan usaha terbaik bagi melindungi Safiyah (anaknya),” katanya.
“Selain daripada simptom ringan biasa (lesu, hidung berair dan sakit otot/sendi), Alhamdulillah kami dalam keadaan baik.
“Pun begitu, Covid-19 ternyata bukan lah situasi yang mudah untuk dilalui. Ternyata, amat penting untuk kita terus dilindungi menerusi vaksinasi,” katanya lagi.
Difahamkan, beliau bersama ahli keluarganya sudah berjaya melengkapkan dos vaksinasi COVID-19 sebagai perlindungan diri, selain turut mengemas kini status harian menerusi aplikasi MySejahtera.
Assalamualaikum WBT.
Sedikit perkembangan.
Saya telah menerima ujian laporan PCR yg menunjukkan saya positif Covid-19, namun memandangkan kami sudah menjalankan kuarantin kendiri semenjak 6 Februari; kami akan meneruskan (HSO) & usaha terbaik bagi melindungi Safiyah 1/4 pic.twitter.com/X8tGS1ozgT— Nurul Izzah Anwar 🇲🇾 🌺 (@n_izzah) February 10, 2022
Sumber: Twitter Nurul Izzah Anwar