Siapa yang tak kenal dengan satu makhluk berbulu yang besar, comel, tapi menakutkan yang berasal dari Kutub Utara ini, bukan? Beruang kutub memainkan peranan yang penting dalamn kesihatan persekitaran marin di Artik dan juga bagi budaya serta ekonomi orang Artik.
Beruang kutub hidup berhabitatkan laut, di mana mereka mencari sumber makanan dan tempat tinggal hampir sepanjang hidup mereka. Namun semakin panas iklim maka ais makin mencair dan perkara itu mengancam habitat mereka.
Mesti anda sering berasa geram apabila melihat gambar mereka atau di dalam TV bukan kerana bulu mereka yang putih dan lebat memberikan gambaran yang mereka sangat comel walaupun sebenarny mereka boleh bertindak seganas harimau.

Tapi tahukah anda yang sebenarnya kulit beruang kutub bukanlah berwarna putih?
Bulu beruang kutub sebenarnya tiada warna dan ia adalah transparent, manakala kulit mereka pula sebenarnya berwarna hitam. Tetapi bulu mereka kelihatan putih kerana strukturnya.
Sebab mengapa bulu mereka kelihatan putih ialah kerana itu merupakan cara mereka melindungi diri daripada pemangsa. Beruang kutub mempunyai set penyesuaian khas yang membolehkan mereka hidup di Artik yang sejuk.
Penyesuaian inilah yang membuatkan bulu mereka kelihatan warna putih supaya mereka boleh ‘bergaul’ dengan salji ketika mereka berkeliaran di kawasan yang berais untuk mencari makanan.
Mereka juga mempunyai lemak badan yang tebal, untuk memanaskan badan mereka ketika mereka berenang, dan dua lapis kot yang tebal untuk melindungi mereka daripada udara yang sejuk di Artik.
Sumber: The Wagington Post, World Wild Life