Siakap Keli
Kredit: Hello Doktor

Sebelum Buat Keputusan Pakai ‘Braces’, Wajib Tahu Lima Risiko Ini

Ortodontik iaitu pendakap gigi (braces) merupakan rawatan yang digunakan untuk membetulkan masalah gigi yang tidak terurus. Tujuan utama rawatan ini adalah untuk meratakan serta membaiki kedudukan gigi di dalam rahang.

Walaupun ianya merupakan prosedur selamat, tahukah anda pemakaian pendakap gigi juga boleh memberikan risiko tertentu kepada kawasan mulut.

Oleh itu, sebelum membuat keputusan memakai pendakap gigi yang menjadi trend kini, ketahui risiko yang bakal diterima berdasarkan perkongsian oleh portal kesihatan, Hello Doktor seperti di bawah.

Apa itu pendakap gigi?

Pendakap gigi ataupun nama popularnya braces, adalah peralatan berasaskan dawai yang digunakan oleh pakar gigi (ortodontik) untuk membetulkan gigi atau rahang yang sesak dan tidak sejajar.

Seringkali, rawatan pendakap gigi dibuat semasa awal remaja, tetapi orang dewasa juga boleh mendapat manfaat daripada pemakaiannya.

Pendakap gigi besi sering digunakan, walaupun terdapat variasi lain seperti plastik kini.

Rawatan pembetulan pendakap gigi

Pendakap gigi besi menawarkan rawatan pembetulan untuk beberapa masalah seperti:

Keselarasan gigi dan rahang yang betul dapat memperbaiki bukan sahaja penampilan gigi anda, tetapi kesihatan mulut, cara menggigit, mengunyah dan bercakap.

Boleh ke pendakap gigi besi terukkan kesihatan mulut?

Pemakaian pendakap gigi biasanya merupakan prosedur yang selamat. Namun, terdapat beberapa risiko yang dibuktikan dengan kajian.

Kredit: Hello Doktor

1. Gusi menyusut

Gusi menyusut atau resesi gingiva merupakan keadaan di mana tisu gusi akan hilang secara berperingkat, dan boleh mengakibatkan pendedahan akar gigi jika tidak dirawat.

Jika gusi anda mula menyusut, bentuk gigi anda boleh berubah dan gigi anda akan menjadi lebih sensitif.

Dr Kelly Blodgett, doktor gigi dari Portland menyuarakan pendapat beliau di mana sepanjang proses menggunakan pendakap gigi, anda memberikan tekanan pada tulang gigi dan gusi anda.

Keseluruhan proses ini bertentangan dengan struktur dan anatomi gigi berdasarkan genetik anda.

Tekanan yang berterusan pada gigi boleh menyebabkan keradangan dan kehilangan tulang pada mulanya. Jika berterusan, ia boleh mengakibatkan gusi menyusut.

Selain itu, satu kajian telah mendedahkan logam yang digunakan juga bertanggungjawab atas penyusutan gusi.

2. Penyakit gusi

Kredit: Hello Doktor

Sisa makanan akan terkumpul di celah gigi jika tidak dibersihkan. Ia boleh bergabung dengan bakteria yang ada dalam mulut dan menghasilkan plak.

Plak yang tidak dibersihkan akan mengeras dan menjadi karang gigi atau tartar. Apabila sudah menjadi tartar, ia tidak boleh dibersihkan dengan berus gigi lagi.

Memakai pendakap gigi besi meningkatkan risiko anda untuk mendapat penyakit gusi jika anda tidak menjaga kesihatan mulut dengan baik.

Kajian mendedahkan jika pengguna braces tidak menjaga kebersihan gigi dan mulut, ia akan menyebabkan pengumpulan plak dan tartar.

Hal ini secara tidak langsung akan menyebabkan penyakit gusi kerana peningkatan bakteria yang tidak baik dalam mulut anda.

Selain itu, keradangan gusi juga membolehkan jangkitan berlaku dengan lebih mudah.

Penyakit gusi dianggap berbahaya kerana ia meningkatkan risiko penyakit lain seperti penyakit jantung, keradangan paru-paru, kanser pankreas dan diabetes.

Dalam jangka masa pendek, penyakit gusi adalah penyebab utama kehilangan gigi.

3. Akar gigi menjadi lebih pendek

Semasa pergerakan gigi berlaku, sebahagian tulang lama akan larut sementara tulang baru tumbuh di belakangnya.

Kepanjangan akar gigi akan hilang secara kekal semasa proses ini berlaku, yang boleh mengakibatkan gigi kurang stabil.

4. Gigi sensitif

Gigi sensitif berlaku apabila lapisan bawah gigi anda terdedah akibat gusi menyusut.

Akar gigi anda, yang tidak dilindungi oleh enamel keras mengandungi ribuan tiub yang menuju ke pusat saraf gigi.

Apabila terdedah, ia membolehkan rangsangan kepada saraf seperti makanan panas atau sejuk dan ia menyebabkan kesakitan.

Sesiapa sahaja boleh mengalami gigi sensitif, tetapi pemakai braces lebih berisiko.

Hal ini kerana keadaan gigi yang lebih sukar untuk dibersihkan dan kesihatan mulut yang tidak dijaga boleh mengakibatkan keradangan atau penyusutan gusi.

5. Pembetulan gigi tidak kekal

Keadaan ini boleh berlaku jika anda tidak mengikuti arahan pakar ortodontik selepas membuka pendakap gigi.

Selepas dibuka, anda sepatutnya selalu memakai retainer seperti yang diarahkan oleh doktor gigi anda.

Jika anda tidak rajin memakainya, anda berisiko untuk kehilangan sebahagian daripada pembetulan struktur gigi yang diperoleh semasa memakainya.

Konklusi

Oleh itu, jika anda sedang mempertimbangkan rawatan ortodontik ini untuk diri sendiri ataupun anak anda, jumpalah doktor gigi untuk menilai kesihatan gusi sebelum memulakan rawatan. Sebelum pasang, pastikan anda tahu kesan memakai pendakap gigi terlebih dahulu.

Sumber: Hello Doktor

Akhmar Ikmal

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.