Dalam seronok nak bercuti, ada tips penting yang perlu kita tahu terutamanya bagi kaum wanita. Awas, tanpa sedar anda mungkin diperhatikan oleh ‘mata-mata’ yang ada di dalam bilik hotel.
Oleh itu, bagi mengelakkan perkara yang tak diingini berlaku, perkara pertama yang perlu dilakukan adalah memeriksa hotel atau tempat penginapan selepas check-in.
Lima tips bagi mencari kamera tersembunyi di dalam bilik seperti yang dikongsikan oleh Arin di akaun Twitter miliknya ini, mungkin boleh membantu anda.
Pernah tak korang check in dekat hotel ataupun Airbnb, then rasa macam ada orang perati?
Atau pun rasa macam tak sedap hati je? Jangan abaikan! Better korang berhati hati.
TIPS CARI KAMERA TERSEMBUNYI DALAM HOTEL:
1. GUNA MATA KASAR
Korang kena alert dan perhati barang barang yang ada dalam bilik tu. Macam penggera asap, celah susunan buku ataupun majalah, bawah meja makan, rak TV, dekat aircond, gambar kat dinding, mentol lampu, penapis air, hanger baju & seumpama dengannya lah.
Perhati benda yang berwayar ataupun berlampu. Kalau korang nampak adapter ataupun suis yang macam seram, cabut je wayar ataupun off je suis tu terus. Yang selalu ada kes camera tersembunyi ni dekat hanger, jam, pengecas USB, flash disk & mentol lampu. Seram!

2. BUNYI MAIN PERANAN
Kalau lepas je korang check in tu, dengar elok elok takut ada bunyi something! Sebab sesetengah camera dia kadang ada bunyi macam ‘buzz’, tapi slow je & dia boleh record benda yang gerak kat sekeliling.
3. GUNA CAMERA PHONE
Ni ramai tak tahu ni: – off semua lampu dan biar bilik tu gelap – bukak camera phone dan halakan dekat tempat yang korang rasa seram tu sambil tengok dekat screen phone – kalau nampak macam lampu berkelip kat phone tu, maybe tu sinaran infra merah camera.
Mostly camera memang ada sinaran infra merah untuk record dan tengok dalam gelap. Sinaran infra merah tu memang takleh tengok dengan mata kasar, boleh tengok guna camera phone je!
4. GUNA LAMPU SULUH
Sama jugak macam yang tadi, off semua lampu dan biar bilik jadi gelap! Korang on je lampu suluh dekat phone korang tu then suluhkan dekat tempat yang korang nak cari.
Kalau nampak macam pantulan cahaya, maybe ada camera sebab selalunya lens camera kan kaca.
5. SENTUH CERMIN DENGAN JARI
Sentuh cermin dengan jari korang, then perati jarak jari korang tu dengan cermin. Kalau ada jarak antara jari dan pantulan kat cermin tu, means selamat.
Kalau tak ada jarak macam kat gambar tu, means ada something kat belakang cermin.

Sumber: Twitter