Siakap Keli
Gambar : Daily Mail

(Video) Kecut Perut, Viral Detik Cemas Pesawat British Airways Hampir Terbalik ‘Dipukul’ Angin Kencang Ketika Mendarat

Tular baru-baru ini apabila sebuah rakaman mengejutkan yang menunjukkan pesawat hampir terbalik ketika juruterbang cuba mendarat di lapangan terbang Heathrow, lapor India Express.

Menerusi video tersebut, pesawat British Airways tersebut hampir mendarat ketika tayar hampir mencecah tanah. Namun, sebuah kejadian hampir berlaku apabila angin kuat mula menghayunkan pesawat ke arah kiri.

Walau bagaimanapun, pesawat tersebut berjaya menstabilkannya dan selamat berlepas semula.

Berdasarkan laporan, penerbangan itu akan ke London pada hari isnin selepas berlepas dari Aberdeen.

Untuk mengelakkan sebarang kemalangan berlaku, juruterbang dipercayai melakukan pendekatan ‘sentuh dan pergi’ di mana pesawat tersebut dapat berlepas semula dari landasan tanpa mendarat dan akan membuat percubaan kedua untuk mendarat.

“Juruterbang kami sangat terlatih untuk menguruskan pelbagai senario termasuk keadaan cuaca yang tidak menentu. Pesawat kami mendarat dengan selamat dan kesemua pelanggan, anak kapal serta krew penerbangan turun seperti biasa,” kata jurucakap British Airways dala laporan Daily Mail.

Menurut Stephen Flynn, ahli parlimen Aberdeen South, berkongsi pengalamannya di laman ciapannya ketika terlibat dalam penerbangan tersebut.

Didakwa kelajuan angin kencang mencecah sehingga 92mph disebabkan oleh Ribut Corrie yag telah menyebabkan berlakunya beberapa kematian, bekalan elektrik terputus dan pembatalan beribu-ribu penerbangan dan kereta api.

Sumber : India Express

Fathin Nadzira

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.