Siakap Keli
Gambar Hiasan via sciencefocus.com / scitechdaily.com

(Video) Kenapa Air Laut ‘Berwarna’ Biru, Tapi Air Biasa Tiada Warna? Rupa-rupanya…

Sejak dibangku sekolah lagi kita diajar bahawa air tidak mempunyai warna. Namun, jika itu adalah benar, pasti anda terfikir kenapa air laut kelihatan berwarna biru?

Bukan itu sahaja, ada di sesuatu tempat yang airnya kelihatan biru kehijauan, ada yang berwarna keruh dan ada juga yang seakan-akan campuran dua warna yang berbeza.

Mengapa ia terjadi seperti itu, dan apakah warna sebenar air?

Mari kita rungkaikan persoalan ini.

Mengapa Air Laut Berwarna Biru?

Cuba anda perhatikan bahawa jika anda menuang air ke dalam gelas, pastinya anda akan lihat air tersebut tidak berwarna.

Hal ini dikatakan demikian kerana cahaya dapat menembusi permukaan air tersebut. Walau bagaimanapun, jika air yang berada pada paras dalam, cahaya tidak mampu menembusi lapisan tersebut dan akan dipantulkan.

Oleh sebab itulah badan air kelihatan seperti berwarna biru.

Cahaya yang datang daripada matahari terdiri daripada spektrum panjang gelombang yang berbeza. Warna merah, oren dan kuning pula merupakan panjang gelombang yang lebih besar, manakal biru pula gelombang yang agak pendek.

Apabila sinaran cahaya matahari memantulkan cahaya, berlakulah interaksi antara molekul air (H2O) dengan cahaya tersebut. Air tersebut akan menyerap cahaya daripada gelombang yang lebih tinggi dan membenarkan gelombang biru untuk berlalu.

Dengan ini, beberapa sinar biru akan berselerakan di dalam air dan menjadikannya kelihatan warna biru.

Selain itu, warna biru tersebut adalah disebabkan permukaan atas lautan atau laut yang memantulkan warna langit kerana zarah-zarah kecil dalam air berfungsi sebagai cermin pemantul maya.

Oleh itu, sebahagian besar daripada perkara yang dilihat adalah bergantung kepada suasana laut itu sendiri.

Akan tetapi, jika anda seorang penggemar laut dan kerap bercuti di sana, pastinya anda perasan kadangkala air laut ada yang berwarna biru kehijauan dan lain -lain.

Mengapa Warna Air Laut Berbeza?

Selain daripada pantulan cahaya, penyerapan dan penyerakan, warna air laut juga dikaitkan dengan dua komponen, iaitu kekotoran terlarut dan komponen terampai. Antara contohnya komponen terlarut ialah tanin.

Apa Itu Tanin?

Tanin merupakan sejenias bahan organik yang dihasilkan daripada tumbuh-tumbuhan dan pokok.

Apabila bahan tumbuhan dileraikan dalam ekosistem marin, asid organik yang dibebaskan akan terlarut dan menyebabkan berlakukan perubahan warna air.

Namun, ia lebih kepada berlakunya zarah-zarah yang terampai seperti sedimen dan alga yang menyebabkan air semula jadi bertukar menjadi ‘berwarna’.

Mari kita ketahui secara ringkas mengenai warna-warna laut yang berubah selain daripada kelihatan kebiruan.

Biru-kehijauan, diisebabkan oleh terdapat banyak zarah mikroskopik terampai kalsium karbonat seperti di Bear Lake, Utah.

Gambar : fodors.com

Hijau seperti di air Lautan Atlantik yang berhampiran dengan pantai timur Amerika Syarikat kerana mempunyai banyak alga dan fitoplankton.

Gambar : scienceabc.com

Merah seperti Laut Merah. Warna ini sering dikaitkan dengan kepekatan tinggi bakteris Trichodesmium erythraeum di perairan.

Gambar : The Mirror

Kuning. Terdapatnya bahan organik seperti gambut, humus atau bahan marin yang mereput dan menyebabkan air laut kelihatan kekuningan. Ada juga sesetengah air berwarna coklat kerana kuantiti lumpur yang tinggi dalam badan air.

Di samping itu, ada juga air yang kelihatan seperti warna hitam atau kelabu. Kebiasaannya adalah disebabkan oleh pertumbuhan bakteria dan pengurangan sulfur di dalam air.

Adakah Warna Air Dapat Memberi Kesan Terhadap Ekosistem Marin?

Ya, air berwarna dapat memberikan kesan kepada flora dan fauna kerana cahaya merupakan elemen yang sangat penting untuk pertumbuhan kehidupan marin.

Kedalaman air dapat mengehadkan penembusan cahaya dalam air dan dapat mengurangkan peluang hidupan akuatik berkembang pesat.

Pertumbuhan alga yang pesat di dalam air dapat menghalang penembusan cahaya lebih jauh ke dalam. Alga juga akan menyerap kesemua oksigen terlarut dan mengakibatkan keadaan eutrofik dan mengurangkan peluang hidup untuk haiwan marin.

@everydayspark

Why is the Ocean BLUE?! #fyp #foryou #foryoupage #explore #viral #viralvideo

♬ original sound – everydayspark – everydayspark

Sumber : TikTok everydayspark, scienceabc.com

Fathin Nadzira

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.