Siapa sahaja yang tidak pernah mengalami masalah semasa ingin membuka bungkusan tisu. Walaupun pada plastik tisu itu sudah mempunyai garis-garis pemutus untuk memudahkannya terbuka, tapi ia tetap tidak menyelesaikan masalah tersebut.
Bila kita cuba membuka dengan mengoyakkan garis-garis pemutus itu, mestilah plastik tisu berkenaan terus terkoyak kan? Hal ini akan membuatkan keadaan bungkusan plastik tisu itu tidak lagi kelihatan cantik kerana sudah terkoyak.
Malah ada juga masa bila kita nak putuskan garis-garis pemutus itu, kita terkoyakkan sekali dengan tisu yang berada di bahagian dalam. Aduh..lagi spoil!
Tapi jangan risau, seorang pengguna Tiktok @keshiaangela menerusi suara.com ada berkongsikan cara mudah untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Menurut suara.com, video itu dimuat naik beberapa hari lalu dan kini telah tular dan meraih jumlah tontonan lebih daripada lima juta penonton.
“Kenapa rumit sangat nak membuka, sampai terkoyak semua,” demikian kapsyen di dalam video itu.
Gadis dari negara seberang itu, menunjukkan cara untuk membuka bungkusan tisu dengan hanya beberapa langkah sahaja.
Apa yang anda perlu buat hanyalah meletakkan kedua-dua belah tangan anda di bahagian tepi kiri dan kanan pek tisu.
Seterusnya, anda hanya perlu menepuk bahagian tepi itu dengan sangat kuat sehingga bahagian atas pembungkusan itu terbuka. Apabila sudah terbuka, anda akan nampak beberapa helaian tisu di bahagian dalamnya.
Ingat, anda perlu menepuknya dengan sangat kuat. Gadis ini memerlukan tiga kali cubaan untuk memastikan bungkusan itu terbuka.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut dan melihat bagaimana caranya, anda boleh tonton perkongsian video di bawah.
@keshiaangela ngapain dari dulu ribet banget ngebuka smpe robek smua🥴
Menerusi ruangan komen, rata-rata warganet turut mencuba menggunakan petua itu. Malah ada juga yang berkongsikan masalah yang mereka alami semasa membuka bungkusan tisu tersebut.
“22 tahun hidup baru tahu.”

“Sangat berguna..”

“Buka memang senang, yang susah itu nak ambil tisu yang pertama.
“Ada masa terambil dua tisu sekaligus atau terus koyak,” komen warganet.

Sumber: keshiaangela