Siakap Keli

“Dia Tanya Mama Tak Suka Kakak Ke?” Ibu Kongsi Kakak ‘Cepat’ Sentap Sejak Ada Adik

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Pernah tak korang cemburu dekat adik korang? Mesti pernah kan waktu kecil-kecil dulu? Sebenarnya itu lumrah apabila seorang anak kecil akan buat perangai sejak dapat adik baru kerana perasaan cemburu itu hadir secara semulajadi.

Sebagai ibu, mesti kita perasan tatkala anak kita terutamanya anak sulung yang masih berusia bawah 4 tahun akan berperangai pelik atau menjadi nakal kerana bagi mereka kehadiran adik yang baru lahir sebagai satu ‘gangguan’ apabila jarak umur terlalu jauh. Jadi, bagi mereka perhatian ibu bapa juga akan beralih 100 peratus kepada adik sahaja.

Sama seperti perkongsian yang dikongsikan di laman Tiktok @raanaafia yang menunjukkan telatah seorang kakak yang baru sahaja menerima kehadiran adik barunya.

“Sejak ada adik, dia rasa insecure sangat. Sikit-sikit sentap. Mama cakap elok-elok jangan bising pun dah nangis…”

Menurut video berkenaan, si kakak berubah menjadi lebih sensetif apabila ditegur walaupun dengan cara yang baik dan tidak menunjukkan reaksi marah.

Siapa yang tidak sebak, anak seusia ini mempersoalkan kepada kedua ibu bapanya adakah mereka sudah tidak suka padanya.

“Sampai kite sendiri jadi emo, boleh pulak dia cakap “mama tak suka kakak?”. Sedih sangat bil dia cakap macam tu.”

Walaupun begitu, si kakak tetap melayan dan menjaga adiknya dengan baik sekali. Sentiasa mencium dan sayang kepada adiknya yang masih kecil itu seperti yang korang tonton pada video di bawah.

Kata si ibu, dia tidak akan pilih kasih antara mereka kerana mereka adalah permata hati dalam keluarga.

@raanaafia

Reply to @84jullia bile dh ada ank dua mmg penat. Kena jaga dua2 hati, kerenah dorg.

♬ original sound – 𝔐𝔖ℌ 𝔈𝔡𝔦𝔱𝔰⚡️ – NgajiAtHome

Sumber: Raanaafia

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.