Siakap Keli
Gambar Hiasan : bbc.com / indiatimes.com

Dipercayai Dari Angkasa, Lelaki ‘Lebur’ Duit RM 17.9 Juta Beli Berlian Hitam Ini

Berlian hitam berusia bilion tahun dipercayai berlian potong terbesar di dunia dijual dengan harga £3.16 juta ( RM17.9 juta).

Dinamakan The Enigma,  555.55 karat, yang beratnya hampir sama dengan pisang dijangka mampu memperoleh bidaan lebih daripada £4.4m (RM 25.03 juta) di atas talian.

Jurulelong Sotheby’s berkata pembeli telah memilih untuk menggunakan mata wang kripto untuk membuat pembelian.

Gambar : southebys.com

Berdasarka laporan, terdapat persaingan berkaitan teori asal usul batu itu, termasuklah asal usul daripada asteroid.

Menurut laporan, Sotheby’s tidak mengetahui pembelinya selepas lelongan dibuat, tetapi lelaki bernama Richard Heart mengaku bahawa dialah pembeli berlian tersebut.

Jelasnya di akaun media sosial itu, sebaik sahaja pembayaran selesai dan pemilikan telah diambil, berlian itu akan dinamakan semula sebagai ‘berlian HEX.com”, merujuk kepada platform blockchain yang diasaskannya.

Gambar : bbc.com

The Enigma merupakan sejenis permata carbonado dan mempunyai salah satu bentuk berlian asli yang paling sukar.

Carbonados dipercayai sangat jarang ditemui , namun pernah ditemui di Brazil dan Republik Afrika Tengah.

Mineral tersebut didakwa hanya terdapat dalam meteor yang berasal dari angkasa kerana ia mengandungi osbornit.

Sumber : BBC News

Fathin Nadzira

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.