Siakap Keli
Gambar: via Google

Dipotong Tak Mati, Kenali ‘Misteri’ Cacing Berkepala Kapak, Badan Dikerat Boleh Jadi Cacing Baru

Pernah tak anda terjumpa dengan cacing yang berkepala ‘kapak’ di dalam hutan? Namun begitu, bila cuba dibunuh ia tidak mati.

Itulah hammerhead worm ataupun terjemahan langsung daripada istilah bahasa Inggerisnya ialah cacing ‘kepala tukul’.

Nama saintifik bagi cacing ini sebenarnya ialah Bipalium. Bipalium ialah genus pemangsa paling besar dari tanah terestrial. Ia sering digelar sebagai ‘hammerhead worm‘ atau cacing berkepala tukul kerana bentuk kepala mereka.

Hammerhead worm ini tinggal di darat dan merupakan pemangsa dan kanibal. Walaupun spesies ini tidak mengancam manusia secara langsung tetapi cacing ini adalah spesies yang memiliki kekuatan untuk membasmi cacing tanah.

Habitatnya ialah di kawasan tropika dan subtropika namun begitu  telah menjadi invasif di seluruh dunia. Dipercayai bahawa cacing spesies ini telah diedarkan secara tidak sengaja pada tumbuhan hortikultur berakar. Oleh kerana cacing hammerhead worm ini memerlukan kelembapan, ia jarang ditemui di kawasan padang pasir dan gunung biom.

Walaupun bukan ancaman kepada manusia tetapi spesis ini merupakan haiwan spesies karnivor dan memakan cacing tanah, siput, dan larva serangga.

Cacing ini mengesan mangsa menggunakan chemoreceptors yang berada di bawah kepala atau alur ventral. Ia menyimpan makanan dalam vakuola di epitel pencernaannya. Cacing selalunya dapat bertahan beberapa minggu di tempat simpannya dan akan mengikat tisu sendiri untuk makanan.

Namun begitu, ia tidak boleh memakan satu sama lain kerana cacing hammerhead mengandungi neurotoksin yang kuat, dan tetrodotoksin yang digunakan untuk melumpuhkan mangsa dan mencegah pemangsa.

Cacing hammerhead juga turut digelar sebagai lintah hammerhead kerana bergerak seperti lintah di mana menggunakan silia pada telapak merayap untuk meluncur di atas permukaan.

Selain itu, ia juga sensitif kepada cahaya dan memerlukan kelembapan yang tinggi. Disebabkan itulah, cacing ini biasanya bergerak untuk mencari makanan pada waktu malam. Cacing kepala tukul juga lebih gemarkan tempat yang sejuk dan lembap, seperti di bawah batu, balak, atau semak.

Perkara seterusnya yang anda perlu tahu mengenai cacing hammerhead ini adalah agak menakutkan iaitu ia tidak akan ‘mati’. Anda mungkin berfikir bahawa cacing kepala tukul akan mati jika anda memotongnya.

Tetapi itu hanya akan membuatkan keadaan bertambah buruk kerana anda sebenarnya makin menambahkan lagi spesiesnya. Hal ini kerana, dengan keupayaan regenerativenya apabila anda memotong badan cacing ini kepada dua bahagian, setiap potongan akan menjadi cacing yang baharu yang akan berfungsi dengan sempurna dalam tempoh dua atau tiga minggu.

 

 

Sumber: ThoughtCo

Zahirah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.