Perasan tak semasa anda memandu, anda akan ternampak satu corak yang agak aneh di sepanjang tepi cermin yang terdiri daripada titik-titik hitam?
Pastinya anda tertanya-tanya dari mana datangnya corak misteri itu? Sekali lihat, macam pelekat biasa sahaja kan, ataupun memang ada fungsinya yang tersendiri? Ini jawapan terhadap persoalan anda.
Cermin depan kenderaan merupakan sebahagian daripada keajaiban kejuruteraan moden yang tiada sesiapa dapat nafikan.
Sebahagian daripada kejuruteraan itu melibatkan bagaimana cermin depan diikat pada bingkai tersebut dan akan perasan jalur hitam pada bahagian tepi cermin tersebut yang dipanggil, frit.

Frit adalah sejenis jalur enamel hitam yang berada pada bahagian tepi cermin depan dan disertai dengan sempadan titik hitam.
Tujuannya adalah untuk menyediakan permukaan terukir yang membolehkan pelekat tersebut dilekatkan pada kaca.
Apabila pengeluar memasang cermin depan baharu atau pakar kaca kereta menggantikan cermin depan, kaca tersebut diikat pada kenderaan dengan frit sebagai titik sentuhan antara kaca dan bingkai.
Selain daripada berfungsi sebagai pelekat, bahagian frit yang menghadap ke luar bertindak sebagai perisai perlindungan sinaran UV untuk melindungi ikatan pelekat.
Hal ini dikatakan demikian kerana pelekat akan menjadi lemah akibat terdedah secara langsung terhadap cahaya matahari .

Dari sudut kosmetik, frit juga menyembunyikan pelekat yang digunakan untuk memasang cermin dan memberikan penampilan seakan ‘digilap’.
Kesan larut atau pengecutan titik hitam akan memberikan peralihan yang lebih menarik secara visual dari sempadan hitam frit ke kaca lutsinar dan juga melepaskan sejumlah kecil haba.
Titik-titik itu akan memberikan beberapa tahap teduhan matahari.
Sesetengah pengeluar menggunakan frit untuk mengembangkan corak titik ke bawah antara visor matahari dengan mencipta sejenis ‘visor ketiga’.
Ini akan membantu mengurangkan silauan daripada cahaya matahari yang tidak dapat disekat oleh visor pemandu dan penumpang.
Sesetengah pembuat kereta malah mengambil langkah lebih jauh dan menggunakan logo kecil atau reka bentuk unik lain sebagai ganti titik bulat tradisional.
Sumber : DeDona Tint & Sound