Siakap Keli
Gambar: Sidang Media KKM

Keputusan RTK Negatif Tapi Buat Ujian PCR Bertukar Positif, Ini Jawapan KJ

Dalam sesi sidang media Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin sebentar tadi, beliau turut menjawab persoalan berkait keputusan ujian rapid test kit (RTK) yang boleh jadi berubah-ubah atau tidak mengesan virus berkenaan.

“Kita kena faham, dari segi ujian ini, PCR akan memberi keputusan kepada kes-kes yang efektivitinya rendah.

“Sebab tu kalau pergi ujian PCR, dia (individu yang tertular) masih lagi positif.

“Dia tidak lagi dalam tempoh yeng kebolehjangkitannya tinggi.

“RTK ni, ia kurang sensitif berbanding PCR.

“Jadi sekiranya RTK yang kita beli yang diiktiraf oleh NPA, kita berpandangan bahawa ia memadai.

“Kalau dia (individu) efektif, dia akan positif dengan ujian RTK. Kebanyakan kit ujian RTK yang bagus akan kesan.

“Jadi kita boleh lagi menjangkiti orang lain dan perlu diisolasi,” jelas Khairy.

Tambahnya, polisi untuk mengesan virus COVID-19 kini tidak lagi perlu pengesahan dari ujian PCR. Namun sekiranya individu didapati positif ujian RTK, maka individu berkenaan perlu diisolasi.

Sumber: Sidang Media KKM

Eyla Azri

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.