Siakap Keli
Gambar: via The Sun

Tiada Manfaat Tidur Lebih Awal, Pakar Dedah 5 Mitos Cukup Terkenal Tentang Tidur

Pernahkah anda terfikir kenapa manusia perlukan tidur? Tidur sebenarnya proses istirahat bagi manusia. Tidur ini sangat penting untuk kesihatan tubuh badan manusia.

Mempunyai tidur yang mencukupi dapat membenarkan organ badan manusia untuk berehat selepas melakukan pelbagai kerja pada siang hari.

Setiap individu mempunyai cara tidur mereka yang berbeza-beza. Ada individu yang mudah untuk tidur, ada juga yang susah untuk membolehkan mereka tidur dengan begitu cepat.

Disebabkan itu, timbul beberapa mitos mengenai tidur yang dilihat menjadi ikutan ramai. Misalnya mitos mengenai anda perlu tidur lebih awal untuk dapatkan tenaga yang mencukupi pada keesokan harinya.

Berdasarkan perkongsian pakar menerusi laporan The Sun, terdapat lima mitos yang sepatutnya tidak dilakukan oleh masyarakat.

Menurut James Wilson, seorang pengamal tidur dan salah seorang pengasas Beingwell mengatakan bahawa, ada beberapa peraturan tidur yang sebenarnya adalah mitos.

Lima mitos mengenai tidur itu adalah seperti berikut:

Mitos 1 : Tidur lebih awal

Mitos ini sangat dipercayai ramai lebih-lebih lagi mereka yang perlu ke sekolah, atau mereka yang perlu bekerja keesokan paginya. Sebenarnya perkara yang anda perlu lakukan adalah terus pergi tidur sekiranya anda merasa letih.

“Tip cuba tidur lebih awal untuk mendapatkan tidur lebih lena ini dilihat lebih memburukkan lagi keadaan.

“Jika anda buka seorang yang jenis tidur awal anda tidak akan mendapat sebarang kebaikan jika melakukannya.

“Tidur pada jam 10 malam mungkin agak terlalu awal untuk sesetengah orang,” jelas James.

“Semakin kita memaksa untuk tidur awal, semakin kita akan berasa tertekan dan menyukarkan kita untuk tidur,” tambah James.

Oleh itu, James menasihati anda untuk yang tidak boleh tidur awal itu untuk melakukan aktiviti sebelum tidur.

Mitos 2: Cukupkan tidur selama lapan jam

Mitos nombor dua ini mungkin menjadi ikutan ramai orang. Sebenarnya tidak semua orang memerlukan jumlah tidur selama lapan jam itu.

Sebaliknya, anda hanya perlu mendapatkan seberapa banyak jam yang boleh untuk anda tidur. Jika anda berjaya mendapatkan tidur selama lapan jam, ia menjadi satu pencapaian yang baik.

Tetapi jika anda tidak berjaya melakukannya, ia bukanlah pengakhiran segala-galanya.

“Setiap individu hanya memerlukan kualiti tidur yang baik dan bukannya kuantiti jam tidur,” tegas James.

Jika anda terjaga pada pertengahan atau lewat pagi dan jika anda berasa letih ia merupakan petunjuk terbaik yang menandakan anda mempunyai jumlah jam tidur yang mencukupi.

Mitos 3: Tidur sekejap jika anda penat

Menurut James, dia mengakui bahawa tidur sekejap boleh menyelesaikan masalah bagi mereka yang mengalami masalah sukar tidur atau insomnia.

James juga menambah, mereka yang mengalami masalah ini gemar untuk tidur sekejap pada waktu siang. Hal ini menyebabkan mereka mengalami bebanan untuk tidur.

Tekanan tidur dipercayai semakin meningkat pada masa siang dan jika anda memilih untuk tidur sebentar anda akan mengalami tekanan tidur pada kemudiannya.

“Hal ini menjadikan anda lebih sukar untuk tidur pada waktu malam.

“Ramai percaya tidur sekejap dapat memberi kesan, tetapi sebenarnya ia boleh menjadi lebih teruk,” jelas James.

Oleh itu, apa yang anda perlu lakukan hanyalah tunggu waktu tidur.

Mitos 4: Ganti tidur pada cuti hujung minggu

Mungkin ada antara anda yang rasa bersalah jika hanya tidur sahaja pada hujung minggu, tetapi ada juga yang merasakan dengan tidur pada hujung minggu itu seolah-olah mengganti tidur yang tidak cukup pada hari-hari bekerja.

Misal kata anda perlu bangun pada pukul tujuh pagi hari bekerja. Kemudiannya anda cuba untuk ganti tidur pada hari cuti hujung minggu dengan tidur sejam atau dua jam lebih daripada biasa.

Hal ini menjadikan waktu tidur anda akan berubah. Perkara ini juga membuatkan anda akan mengalami ritma harian (jet lag).

Oleh itu, anda digalakkan untuk teruskan jadual waktu tidur biasa anda pada hari hujung minggu.

Mitos 5: Pakai selimut yang tebal

Mitos mengatakan dengan memakai selimut yang berat pada masa tidur, ia akan membuatkan anda merasai tekanan daripada selimut tersebut dan seterusnya membuatkan anda mudah untuk tidur dengan lebih cepat.

Hal ini mungkin sesuai bagi mereka yang sukakan selimut tebal tetapi tidak bagi mereka yang tidak sukakannya.

Jadi, anda digalakkan untuk cuba cara lain.

Sumber: The Sun

 

 

 

 

Nadhirah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.