Mungkin ramai yang pernah tonton filem “Snakes On A Plane“, sebuah filem aksi Amerika Syarikat yang mengisahkan serangan puluhan ular berbisa di dalam kapal terbang.
Bila tonton cerita ni, sedikit sebanyak ada juga rasa trauma nak naik kapal terbang. Namun perasaan takut tu pastinya dapat diatasi sebab kita tahu babak-babak menegangkan ni cuma ada dalam movie.
Tapi macam mana pulak kalau keadaan sama berlaku di dunia sebenar? Agak-agak korang panik tak kalau nampak ular tiba-tiba menjalar dalam pesawat yang korang naik?
Insiden sama juga dikatakan terjadi di Malaysia. Melalui akaun TikTok E-dal Tay, lelaki ini memuatnaik sebuah video yang menunjukkan seekor ular sedang menjalar di bahagian atas kabin kapal terbang.
Menurut video, kejadian ular dalam pesawat ini berlaku dalam sebuah kapal terbang yang sedang dalam perjalanan menuju ke negeri Sabah.
“Kelihatan seekor ular dalam pesawat penerbangan dari Kuala Lumpur ke Tawau. Pesawat terpaksa emergency landing di Airport Kuching,” jelasnya pada ruangan caption.
@edal8808 Kelihatan seekor ular dalam pesawat dlm penerbangan dari KL ke Tawau. Pesawat terpaksa emergency landing di AirPort Kuching #fyp
“Macam Snakes On A Plane“
Menjengah ke ruangan komen, warganet rata-rata merasakan insiden ni lebih kurang sama macam movie Snakes On A Plane. Cuma takda Samuel L. Jackson je.
Sumber: TikTok E-dal Tay