Siakap Keli
Kredit: BERNAMA

Wanita Hamil Digalakkan Ambil Vaksinasi Lengkap COVID-19 Termasuk Booster

Kuala Lumpur, 11 Feb – Golongan wanita hamil digalakkan untuk mengambil vaksinasi lengkap COVID-19 termasuklah dos pelengkap (booster) bagi mengelakkan dijangkiti varian Omicron.

Berdasarkan statistik Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun lalu, sebanyak 97% wanita hamil yang meninggal dunia didapati tidak mengambil vaksin.

Menurut Pakar Perubatan Obstetrik dan Ginekologi Hospital Kuala Lumpur, Dr Muniswaran A/L Ganesham berkata bahawa individu yang sudah selesai mengambil dos penggalak vaksin didapati lebih kurang berisiko untuk mendapat kesan teruk apabila dijangkiti wabak berkenaan.

“Oleh itu, kita faham bahawa golongan yang tidak mengambil vaksin adalah golongan yang paling monirable terhadap jangkitan kuman yang serius. Khususnya dari segi kematian kemasukan ke ICU,” kata Dr Muniswaran.

Tambahnya lagi, vaksin penting untuk diambil kerana ia berkesan dan lebih proaktif sama seperti di negara barat.

“Adakah vaksin ini penting? Ya, di Malaysia juga sama sebagaimana di negara barat bahawa vaksin ini berkesan. Tapi kita tahu ia untuk Delta, namun untuk Omicron berlainan pula.

”Untuk Omicron, booster dos ketiga adalah lebih protaktif,” katanya dalam ruang bicara terbitan Bernama TV yang membincangkan topik denggi dan ibu hamil serta situasi semasa COVID-19, malam tadi.

Tambah Dr Muniswaran lagi, langkah kerajaan menggalakkan suntikan dos penggalak COVID-19 adalah harus supaya setiap individu mempunyai tahap ketahanan imun yang lebih baik berbanding hanya dua dos vaksin COVID-19. Hal ini memandangkan virus COVID-19 masih belum habis dikaji dan sentiasa berevolusi.

Setakat ini, Omicron diyakini lemah apabila menjangkiti manusia yang sudah mempunyai vaksin lengkap. Sebanyak 12,769, 610 individu sudah mengambil dos pelengkap vaksin COVID-19, setakat semalam.

Sumber: BERNAMA TV

Akhmar Ikmal

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.