Kuih siput adalah salah satu kuih tradisional yang tidak asing lagi buat masyarakat melayu. Kuih ini sesuai dijadikan sebagai kudapan serta boleh dimakan pada bila-bila masa.
Proses untuk membuat kuih siput yang sedap dan rangup bukanlah sesuatu yang mudah. Terdapat beberapa proses yang perlu dibuat dengan teliti dan cermat jika mahu mendapatkan hasil kuih siput yang berkualiti.
Seorang pengguna Facebook, Rosman Alias menerusi Group Facebook Masak Apa Hari Ni (MAHN) telah berkongsi satu resipi untuk menghasilkan kuih siput yang rangup dan sedap.
Kuih siput ini turut dijual kepada pelanggan dengan proses penyediaan manual dan mudah menggunakan lima bahan sahaja. Paling penting, teknik yang digunakan oleh Rosman ini supaya kuih siput yang digorengnya sempurna dan tidak keras.
Resepi Kuih Siput Rangup
Ini resepi saya sendiri, paling ringkas dan mudah nak buat.. Hampir setahun jugaklah saya buat dan jual kuih ni.
Bahan-bahan
Cara bancuhan tepung
Tips nak bagi bancuhan tu sempurna dan kuih tu rangup
1. Kuantiti penggunaan marjerin haruslah tepat, jangan terlebih dan jangan pula terkurang. Kalau kurang kuih menjadi keras manakala sekiranya terlebih sangat pula, doh akan jadi tidak sempurna (melekit-lekit).
2. Terdapat cara untuk ketahui sama ada doh tersebut sudah mencapai tahap yang baik. Setelah siap bancuh doh, anda perlu ambil sikit doh tersebut dan tekan di acuan kuih. Kalau tak melekit, maknanya doh itu sudahpun mencapai tahap yang baik.
3. Doh itu juga tidak boleh terlalu keras kerana apabila ia siap digoreng, hasilnya akan menjadi keras.
Tambah Rosman lagi, dia melakukan semua proses membuat kuih siput itu secara manual tanpa menggunakan mesin. Dia juga memberitahu bahawa penjualan kuih siput ini, membantu dirinya menjana pendapatan sendiri.