Siakap Keli
Gambar via Bernama

FDA Tangguh Mesyuarat Tentukan Penggunaan Kecemasan Vaksin Pfizer-BioNTech Pada Kanak-kanak

WASHINGTON, 12 Feb (Bernama) — Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) AS pada Jumaat mengumumkan penangguhan mesyuarat panel penasihat mengenai penggunaan vaksin Pfizer-BioNTech COVID-19 pada kanak-kanak berumur enam bulan hingga empat tahun, kerana ia memerlukan lebih banyak data, lapor Xinhua.

Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat Vaksin dan Produk Biologi Berkaitan FDA pada asalnya dijadual pada 15 Februari.

Agensi itu berkata ia telah menyemak maklumat percubaan baharu yang tiba selepas permohonan Pfizer dan BioNTech untuk kebenaran kecemasan dan memutuskan ia memerlukan lebih banyak data daripada percubaan berterusan dos vaksin ketiga pada kanak-kanak yang lebih muda untuk meluluskan kebenaran penggunaan kecemasan.

“Kami percaya maklumat tambahan mengenai penilaian berterusan dos ketiga harus dipertimbangkan sebagai sebahagian daripada faktor dalam membuat keputusan untuk potensi kebenaran,” kata agensi itu dalam satu kenyataan.

Pfizer dan BioNTech pada Jumaat berkata mereka menjangkakan data mengenai tiga dos yang tersedia akan diperoleh pada awal April.

Sumber: Bernama

Eyla Azri

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.