Siakap Keli
Gambar : Youtube PRNigeria News

(Video) Tak Perlu Guna Gas, Lelaki Nigeria Cipta Dapur Memasak Guna Tekanan Air & Udara

Seorang lelaki dari Nigeria telah mencipta sebuah dapur memasak yang menggunakan tekanan air dan udara untuk menghasilkan api, lapor TechGh24.

Idea ini tercetus akibat berlakunya kenaikan harga gas dan minyak tanah di Nigeria dan sebahagian sub-rantau, termasuk Ghana.

Hadi Usman, seorang juruteknik elektronk yang berpangkalan di Jekadafari, Negeri Gombe berkata dapur tersebut dicipta adalah untuk memberi subsudi kepada kos penggunaan minyak tanah dan gas.

Berdasarkan laporan, dia mencipta produk sejak tahun 70-an dan 80-an lagi, tetapi tidak mendapat sebarang bantuan keperluan untuk mengeluarkan dan mengkomersialkan secara besar-besaran.

“Pada 23 januari 1980, Gasakiya Ta Fi Kwabo, tabloid vernakular yang diterbitkan oleh Akhbar Nigeria melaporkan bagaimana saya memasang pemancar radio dan mengendalikan stesen radio komuniti di metropolis Gombe.”

“Salinan itu masih disimpan,” tambahnya.

Menurutnya, sejak penyiaran ciptaan terbaharunya di Wonderland TV, dia dikatakan menerima lebih 500 panggilan telefon berkenaan projek itu.

“Saya berharap badan institusi yang berkaitan dapat menyokong untuk mematenkan pengeluaran projek secara besar-besaran.”

“Sekurang-kurangnya, ia dapat membantu mereka tanpa membeli minyak tanah atau gas dan boleh memasak menggunakan air.”

Sementara itu, hasil ciptaannya ini dipercayai telah menarik perhatian global dari Amerika Syarikat, Jerman dan negara lain.

Akan tetapi, Universiti Negeri Gombe, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Nigeria serta Suruhanjaya Pembangunan Timur Laut Nigeria telah memenuhi janji mereka untuk menyokong penciptaannya walaupun masih belum disahkan.

Sumber : TechGh24.com

Fathin Nadzira

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.