Malaysia sememangnya terkenal dengan kepelbagaian makanan yang sedap dan menarik. Antara makanan yang menjadi tumpuan ramai orang adalah sup. Tidak kiralah mi sup, kuetiau sup ataupun bihun sup, pasti akan ada ramai penggemarnya.
Namun buat peminat makanan pedas, anda boleh mencuba resipi mi sup pedas ala cina seperti yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Puan Zurina Zulkefli menerusi Group Facebook iaitu Masak Apa Hari Ni (MAHN).
Menurutnya, masakan yang dikenali dengan nama sebenar Hot and Sour Glass Noodle Soup 酸辣粉, Suan La Fen ini merupakan permintaan daripanya suaminya yang ingin mencuba hidangan berbentuk mukbang.
Hanya menggunakan bahan yang mudah dengan proses penyediaan ringkas, mi sup pedas ini confirm buat ramai terliur dengan rasa yang sedap!
Mi Sup Pedas ala Cina. Ini lah dia bila suami terpengaruh nak makan macam mukbang Cina, nak makan mi sup pedas dengan telur rebus banyak-banyak.
Disuruhnya saya yang masak, tapi dengan syarat tak boleh makan banyak sangat telur rebus. Nak makan boleh tapi besederhana je.
Bahan pun ada kat dapur, saya masak terus. Senang je nak buat rupanya. Alhamdulillah, menjadi dan siap. Nama betul masakan ni adalah Hot and Sour Glass Noodle Soup 酸辣粉, Suan La Fen.
Bahan-bahan
1. cili flakes
2. bawang putih
3. biji bijan
4. cuka makan/cuka hitam
5. kicap cair
6. Garam
7. Serbuk lada sinchua (Jika ada)
8. Minyak masak/minyak bungamatahari/ minyak bijan
9. Mi kanji ubi
10. Kiub pati (kiub pati ayam)
11. Hirisan bawang
12. Telur
Cara-cara
1. Sediakan satu mangkuk kecil
2. Masukkan bahan-bahan berikut:
a) Satu sudu besar cili flakes
b) Dua ulas bawang putih yang dicincang halus
c. Satu sudu kecil biji bijan
d. Satu sudu besar cuka makan/cuka hitam

e. Empat sudu besar kicap cair
f. Sedikit garam
g. Kalau ada serbuk lada sinchuan lagi sedap (optional)
Kemudian, gaulkan bahan-bahan tersebut.
3. Panaskan tiga sudu besar minyak masak/minyak bunga matahari/ minyak bijan. Seterusnya, terus tuang minyak panas tersebut ke atas bahan-bahan yang dikacau tadi.
Cara penyediaan mi kanji ubi ( Sweet Potato noodle):
Kalau biasa buat Japchae, mesti guna mi jenis ni. Ada jual di pasaraya besar. Rebus mi ni selama 10 minit untuk dapat tekstur betul-betul lembut. Toskan dan letak di dalam mangkuk.

Setelah selesai, tuangkan minyak cili tadi ke atas mi.

Kemudian, masukkan air rebusan stok ayam ke atas mi. Saya guna kiub pati ayam sahaja.

Taburkan sedikit hirisan daun bawang.

6. Masukkan telur rebus dan siap untuk dimakan!
Bolehlah ditambah menjadi resepi makanan baharu anda agar tidak bosan dengan makanan yang sama setiap hari. Selamat mencuba!