Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di beberapa buah negeri yang dijangka akan berlaku sehingga jam 8 malam ini.
Amaran yang dikeluarkan pada pukul 4:50 petang tadi menunjukkan terdapat 12 buah negeri dan beberapa kawasan yang dijangka terlibat.
Antara kawasan yang dijangka terlibat adalah di negeri seluruh negeri Perlis. Manakala di Kedah kawasan yang dijangka terlibat adalah Kubang Pasu, Kuala Muda, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.
Beralih ke negeri Pulau Pinang, tiga kawasan yang dijangka terlibat iaitu Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan.
Bagi negeri Perak pula melibatkan kawsan Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim. Ia juga akan melanda seluruh kawsan di Selangor, WP Kuala Lumpur dan WP Putrajaya.
Tidak terkecuali juga bagi Negeri Sembilan iaitu di Seremban, Port Dickson dan Rembau. Di Melaka pula hanya melibatkan dua kawasan iaitu Alor Gajah dan Melaka Tengah.
Di sebelah selatan pula melibatkan dua kawasan di Johor iaitu Kulai dan Johor Bahru.
Beralih ke negeri Sarawak antara kawasan yang dijangka terlibat adalah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman (Sri Aman) dan Limbang. Manakala di negeri Sabah pula, kawasan dijangka terlibat adalah Pedalaman (Sipitang dan Beaufort), Pantai Barat (Ranau) dan Sandakan (Tongod dan Telupid).
Bagi negeri-negeri yang dijangka terlibat dengan ribut petir dan hujan lebat, anda dinasihatkan untuk lebih berhati-hati dan terus berada di dalam rumah sekiranya tiada urusan di luar
#ributpetirmetmalaysia#MenangBersama#LindungDiriLindungSemua#metmalaysia pic.twitter.com/RpRYwKZOc8
— Jabatan Meteorologi Malaysia (@metmalaysia) February 13, 2022