Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin telah mengarahkan pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mengeluarkan kompaun kepada seorang menteri dan beberapa ahli politik yang didakwa terlibat dalam sebuah himpunan politik.
Tegas Khairy, kompaun yang dikeluarkan itu dipercayai adalah disebabkan pelanggaran pematuhan prosedur operasi standard (SOP).
Katanya, antara individu terpenting yang dikompaun tersebut adalah Menteri Kanan Pertahanan yang juga Bendahari Agung Barisan Nasional, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
“Saya telah mengarahkan pegawai KKM untuk keluarkan kompaun kepada Datuk Seri Hishammuddin, Datuk Seri Hasni, Tan Sri Vigneswaran, pemimpin utama yang hadir & penganjur di bawah Akta 342.
“KKM akan terus pantau SOP sempena Pilihanraya Negeri Johor,” katanya di Twitter hari ini.
Sementara itu, menurut laporan di laman Twitter Malaysia Gazette, turut sama dalam himpunan tersebut ialah Pengerusi Badan Perhubungan Negeri, Datuk Seri Hasni Mohammad dan Presiden MIC, Tan Sri S.A Vigneswaran.
Menurut laporan itu, himpunan Majlis Pelancaran Briged MIC Johor itu dilapor berlangsung di EduCity Kota Iskandar, Johor.
Bendahari Agong BN, Datuk Seri Hishammudin Hussein bersama Pengerusi Badan Perhubungan Negeri, Datuk Seri Hasni Mohammad dan Presiden MIC, Tan Sri S.A Vigneswaran tiba di Majlis Pelancaran Briged MIC Johor di EduCity Kota Iskandar sebentar tadi.#malaysiagazette pic.twitter.com/fQoSMAEFVQ
— Malaysia Gazette (@MalaysiaGazette) February 13, 2022
Sumber: Twitter Khairy Jamaluddin