Siakap Keli
via HelloDoktor

Selalu Buang Air Kecil Tu Normal Atau Sakit? Jaga-jaga Kalau Ada 8 Simptom Ni

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Dalam satu hari, berapa kali anda membuang air kecil? Jika anda minum banyak air sebelumnya, membuang air kecil sebanyak empat hingga lapan kali sehari adalah perkara biasa.

Namun, sekiranya anda kerap membuang air kecil lebih daripada 10 kali sehari, tidak rasa puas semasa buang air kecil, disertai dengan demam, rasa ingin kencing dengan segera dan tidak selesa atau sakit pada abdomen, anda mungkin menghadapi masalah buang air kecil yang lebih serius seperti infeksi trek kencing.

Oleh itu, anda tidak boleh ambil ringan sekiranya terlalu kerap buang air kecil. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, anda boleh baca perkongsian daripada HelloDoktor di bawah ini.

Kerap buang air kecil dan tahap kesihatan

Mengetahui kekerapan kencing dalam sehari merupakan petanda penting kepada faktor kesihatan keseluruhan.

Seorang individu yang sihat boleh membuang air kencing antara 4 hingga 10 kali sehari.

Jumlah purata bagi seorang individu untuk kerap kencing dalam sehari adalah antara 6 hingga 7 kali dalam masa 24 jam. Namun, ia bukan perkara luar biasa jika anda kurang kencing pada hari-hari tertentu.

Berapa kerap buang air kecil dalam sehari bergantung kepada beberapa faktor, seperti:

1#Usia

Peningkatan usia memainkan faktor penting. Apabila semakin tua,kebanyakan individu akan kerap kencing terutamanya pada waktu malam.

2#Saiz pundi kencing

Individu dengan saiz pundi kencing lebih kecil akan kerap kencing kerana tidak mampu menampung kuantiti air kencing yang banyak.

3#Cecair

Jumlah pengambilan cecair dalam sehari juga akan mempengaruhi kadar kerap buang air kecil individu.

Malahan kekurangan minum air akan menyebabkan dehidrasi sekali gus mengurangkan jumlah air kencing dalam sehari.

Individu yang kerap mengambil alkohol dan kafein mempunyai kesan diuretik dan meningkatkan kekerapan kencing.

4#Keadaan perubatan

Tahap kesihatan berikut mungkin akan mempengaruhi kekerapan anda membuang air kencing, antaranya:

  • Jangkitan saluran kencing (UTI)
  • Pundi kencing terlalu aktif
  • Interstitial cystitis – keadaan jangka panjang dikenali sebagai sindrom pundi kencing yang menyakitkan. Simptom yang sama seperti UTI
  • Diabetes
  • Hipokalsemia atau hiperkalsemia – tahap kalsium tinggi (hiper) atau tahap kalsium rendah (hipo) yang mempengaruhi fungsi ginjal dan pengeluaran air kencing
  • Sickle cell anemia– keadaan diwarisi atau jumlah sel darah merah rendah dan boleh mempengaruhi buah pinggang dan kepekatan air kencing
  • Masalah prostat – prostat yang membesar menyebabkan individu kurang kerap buang air kecil. Masalah tersebut juga menyekat aliran air kencing
  • Lantai pelvis lemah – apabila otot pelvis semakin hilang kekuatan, seseorang individu akan lebih kerap untuk kencing. Masalah ini biasa terjadi selepas melahirkan anak

Selain itu, keadaan tertentu seperti kehamilan dan selepas bersalin boleh mempengaruhi berapa kerap anda kencing.

Gambar hiasan via HelloDoktor

Semasa mengandung, seorang wanita akan lebih kerap kencing kerana perubahan cecair dengan tekanan pundi kencing disebabkan tumbesaran janin.

Selepas kelahiran, seorang wanita akan mengalami peningkatan jumlah air kencing sehingga tempoh 8 minggu.

Keadaan ini mungkin disebabkan cecair tambahan yang mungkin diterima semasa bersalin daripada intravenous (IV), ubat atau tindak balas semula jadi badan yang akan menyingkirkan cecair setelah melahirkan anak.

Secara purata, seorang individu yang minum 1.8 liter dalam sehari akan kencing kira-kira 7 kali.

Simptom kerap buang air kecil normal atau tidak

Kencing terlalu kerap atau jarang boleh menunjukkan tahap kesihatan seseorang, terutamanya apabila disertai dengan gejala berikut seperti:

  • Sakit belakang
  • Darah dalam air kencing
  • Air kencing keruh atau berubah warna
  • Kesukaran membuang air kecil
  • Demam
  • Kebocoran air kencing
  • Sakit ketika kencing
  • Air kencing yang berbau kuat

Jika anda berdepan simptom yang dinyatakan di atas, penting untuk anda melakukan pemeriksaan doktor bagi mendapatkan rawatan air kencing bersesuaian dan mencegah komplikasi.

Perlukah menjalani rawatan?

Isu kerap buang air kecil biasanya tidak memerlukan rawatan jika keadaan tersebut tidak dipengaruhi oleh sebarang tahap kesihatan atau menjejaskan kehidupan seharian anda.

Wanita hamil yang kerap kencing juga tidak memerlukan rawatan. Ini kerana simptom tersebut biasanya akan hilang setelah beberapa minggu selepas bersalin.

Jika anda perlu menerima rawatan, biasanya ia bergantung kepada punca penyebabnya.

Sekiranya ia didasari keadaan seperti diabetes atau UTI, rawatan perubatan dapat membantu mengatasi gejala ini.

Sebaliknya, andai rawatan perubatan yang diterima mengakibatkan individu kerap buang air kecil, maka doktor akan melakukan perubahan pada dos atau menukarkan ubat yang berbeza.

Mengatasi masalah kerap buang air kecil

Beberapa kaedah berikut turut dapat membantu mengurangkan kekerapan kencing dalam sehari:

Gambar hiasan via HelloDoktor
  • Hadkan pengambilan kafein, soda dan alkohol yang diminum sehari atau hindari 100%
  • Minum 8 gelas air setiap hari
  • Kencing sebelum dan selepas hubungan seksual. Lapkan alat sulit dari bahagian depan ke belakang setelah mencucinya
  • Ambil makanan tambahan atau makanan tinggi kandungan probiotik seperti yogurt, kefir dan kimchi. Probiotik dalam menyokong kesihatan alat kelamin
  • Hindari menggunakan produk dengan bahan pewangi pada sekitar alat kemaluan
  • Pakai pakaian dalam daripada material kapas yang longgar untuk elakkan kerengsaan dan jangkitan
  • Lakukan senaman Kegel untuk menguat otot lantai pelvis yang lemah
  • Kekalkan berat badan seimbang untuk elakkan tekanan berlebihan pada otot pelvis dan pundi kencing

Perubahan gaya hidup

Kerap buang air kecil atau tidak cukup bergantung kepada tahap kesihatan.

Sebilangan besar penyebab kencing yang kerap dapat diatasi dengan pengambilan ubatan tertentu dan perubahan gaya hidup.

Sekiranya mempunyai kebimbangan mengenai pengeluaran air kencing dalam sehari, dapatkan pemeriksaan doktor secepat mungkin bagi mengurangkan risiko komplikasi.

Sumber: HelloDoktor

Aireena Marizan

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.