Siakap Keli
Gambar via India Today

Taktik Samun Gagal, Tiga Pondan Ditahan Polis

Pihak polis di India telah menahan tiga lelaki berperwatakan wanita yang disyaki melakukan rompakan di Kishangarh, India pada Sabtu baru-baru ini, lapor India Today.

Menurut laporan, mangsa iaitu Manoj Kumar Singh berkata, dia ditarik ke kawasan gelap ketika sedang berjalan pulang ke rumah sebelum disamun oleh ‘wanita’ tersebut.

Bagaimanapun selepas kejadian, mangsa terus menghubungi pihak polis untuk tindakan selanjutnya. Setelah pengecaman dibuat oleh mangsa, akhirnya ketiga-tiga ‘wanita’ tersebut berjaya diberkas pihak polis.

“Dalam kejadian sepintas lalu itu, terdapat sejumlah wang tunai dan dokumen mangsa berada pada suspek,” maklum polis, memetik India Today.

Berdasarkan soal siasat, ketiga-tiga suspek mengaku bahawa mereka berada dalam pengaruh dadah dan alkohol ketika itu.

Siasatan lanjut juga mendedahkan bahawa mereka melakukan itu adalah untuk memenuhi keperluan wang dan dadah.

Sumber: India Today

Faiz Mustafa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.