Satu gegaran gempa bumi sederhana dikesan berlaku di Utara Laut Maluku pada jam 4:21 petang tadi, lapor Jabatan Meteorologi Malaysia.
Menurut jabatan itu, pusat gempa bumi bermagnitud 5.5 pada skala Ritcher tersebut terletak di 0.9 darjah Utara dan 126.4 darjah Timur.
Difahamkan, ia berlaku pada jarak 113 kilometer Barat dari Ternate, Indonesia dengan berkedalaman 73 kilometer.
Bagaimanapun MetMalaysia menjelaskan, tiada sebarang ancaman tsunami yang dikeluarkan kepada Malaysia setakat ini.
GB sederhana M5.5 berlaku di Utara Laut Maluku pada 4:21 petang, 13 Februari 2022. Pusat GB tersebut terletak 0.9° Utara dan 126.4° Timur dengan kedalaman 73 km. 113km Barat dari Ternate,Indonesia.
Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.#gempabumiMETMalaysia#mygempa.met.gov.my pic.twitter.com/cupAIwYRlP— Jabatan Meteorologi Malaysia (@metmalaysia) February 13, 2022
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia