Siakap Keli
Gambar via Bernama

TERKINI: Kes COVID-19 Hari Ini Catat Penurunan, Lebih 99 Peratus Kategori 1 & 2

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Seri Dr. Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa terdapat sebanyak 21,072 kes baharu COVID-19 yang telah direkodkan hari ini.

Pertambahan kes baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes di Malaysia setakat ini adalah sebanyak 3,040,235 kes.

Menurut Noor Hisham dalam hantaran sama, 99.59 peratus dari jumlah kes yang direkodkan hari ini adalah dalam kategori satu dan dua, manakala selebihnya dalam kategori tiga, empat dan lima.

Memetik laporan di laman sosial rasmi Noor Hisham, pecahan kes COVID-19 setakat hari ini mengikut kategori adalah seperti berikut:

Kategori 1 : 5,995 kes (28.45%)
Kategori 2 : 14,991 kes (71.14%)
Kategori 3 : 58 kes (0.28%)
Kategori 4 : 20 kes (0.09%)
Kategori 5 :8 kes (0.04%)

Maklumat terperinci seperti pecahan kes positif harian di setiap negeri, kes kematian, kes sembuh dan lain-lain akan dikemaskini di laman web COVIDNOW.

Sumber: Noor Hisham Abdullah

Aireena Marizan

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.