Siakap Keli

(Video) ‘Penuh’ Baldi, Opah Belanja Skil Mancing Pakai Botol, Umpan Tepung Bancuh-bancuh Terus Campak

Tidak dinafikan hobi memancing ini sering digemari oleh para lelaki. Pendek kata, semua jenis peralatan dan umpan untuk memancing sudah mereka ‘hafal’.

Ya, aktiviti memancing ini sangat memerlukan kesabaran dan ketengan yang tinggi untuk menunggu masa ikan memakan umpan kita. Ada kalanya sudah lebih 1 jam pun masih belum mendapat hasil.

Namun, satu rakaman video di Facebook tular apabila kelihatan seorang wanita warga emas sedang memancing ikan belanak di sebuah paya curi tumpuan ramai.

Belajar tangkap ikan cara rare… umur saya dah 30 baru tahu ada cara tangkap ikan gini. Sifu saya ni umur dah 78 tahun tapi steady… Kita pergi mana-mana cari kawan, bukan lawan. Dapat ilmu baru kat Kelantan kali ni.

Apa yang menarik perhatian ramai apabila makcik tersebut hanya menggunakan botol yang dipotong dua sebagai alat memancingnya.

Bukan itu sahaja, wanita ini tidak menggunakan umpan yang mahal, hanya sekadar bancuhan tepung gandum sahaja dapat ‘menawan’ ikan di paya berkenaan hampir separuh baldi yang dibawanya.

“Ini Otai, otai memancing… tengok situ, tak sampai seminit…”

Betul-betul ‘orang lama’. Seperti yang korang lihat menerusi rakaman tersebut, tak sampai seminit makcik itu dapat ikan. Ada kalanya satu bekas tersebut boleh menangkap dua ekor ikan sekaligus.

 

 

 

 

Sumber: Mohd Di Shuhainie

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.