Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di beberapa buah negeri yang dijangka akan berlaku sehingga jam 6 petang ini.
Amaran yang dikeluarkan pada pukul 2:30 petang tadi menunjukkan terdapat 14 buah negeri dan beberapa kawasan yang dijangkakan terlibat.
Antara kawasan yang dijangka terlibat di sebelah pantai utara adalah di seluruh negeri Perlis. Manakala di Kedah beberapa kawasan yang dijangka terlibat adalah di daerah Kubang Pasu, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.
Beralih ke negeri Pulau Pinang, tiga kawasan yang dijangka terlibat iaitu Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan.
Di sebelah pantai Barat semenanjung Malaysia pula melibatkan seluruh negeri Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Selangor.
Tidak ketinggalan juga bagi seluruh kawasan di WP Kuala Lumpur dan juga WP Putrajaya. Manakala di sebelah selatan pula melibatkan seluruh negeri di Johor.
Tidak terkecuali juga bagi negeri-negeri yang berada di Pantai Timur yang melibatkan negeri Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh dan Kuala Krai). Manakala di Terengganu pula melibatkan dua kawsan iaitu Besut dan Setiu.
Di negeri Pahang pula melibatkan empat daerah iaitu Tanah Tinggi Cameron, Kuantan, Pekan dan Rompin.
Beralih ke negeri Sarawak antara kawasan yang dijangka mengalami hujan lebat dan ribut petir adalah di Kuching, Sri Aman, Betong (Betong), Sibu (Sibu dan Selangau, Mukah, Kapir (Bukit Mabong dan Belaga, Bintulu dan Miri (Miri).
Bagi negeri-negeri yang dijangka terlibat dengan ribut petir dan hujan lebat, anda dinasihatkan untuk lebih berhati-hati dan terus berada di dalam rumah sekiranya tiada urusan di luar.
AMARAN RIBUT PETIR. ⛈⛈⛈
Dikeluarkan pada: 2:30 petang, 14 Februari 2022#ributpetirmetmalaysia#MenangBersama#LindungDiriLindungSemua#metmalaysia pic.twitter.com/ZUU4No3QEB— Jabatan Meteorologi Malaysia (@metmalaysia) February 14, 2022
Sumber: MetMalaysia