Siakap Keli

Kolaborasi Paling Sensasi Downy Untuk Tahun Ini– Karakter Downy X BTS TinyTAN Kini Sudah Berada Di Malaysia

Kuala Lumpur (1 Feb 2022) – Downy, Jenama pelembut fabrik pakaian terbaik telah bekerjasama dengan karakter BTS TinyTAN dengan melancarkan bungkusan TinyTAN rangkaian Parfum Premium Downy Edisi Khas.

Kolaborasi khas ini menampilkan 3 jenis variasi iaitu Mystique, Passion dan Adorable. Mystique dan Passion merupakan bauan Downy yang terkenal sejak sekian lama sementara Adorable pula adalah bauan edisi khas yang menjadi pilihan di Korea dan kini sudah berada di Malaysia.

Mystique merupakan bauan bunga oriental manakala Passion menyegarkan dengan aroma bunga tropika. Adorable pula menjadi pilihan kepada mereka yang suka dengan bau kapas dengan keseimbangan bau floral dan juga buah-buahan. Yang pasti, kesemua variasi Downy ini menjanjikan kesegaran yang berpanjangan pada pakaian dan juga fabrik yang sangat lembut.

Lebih menyeronokkan, setiap bungkusan Downy ini akan disertakan TinyTAN – satu kumpulan karakter animasi yang disayangi yang mengambil inspirasi dari kumpulan K-POP Korea, BTS. TinyTAN ini dipersembahkan dalam tema yang menyeronokkan dan juga berkarisma sesuai dengan posisi masing-masing yang menjadi dambaan peminat-peminat K-POP.

Kolaborasi khas ini juga didatangkan dengan beg tote TinyTAN sebagai hadiah belian dengan peruncit terpilih. Beg tote ini mempunyai beberapa pilihan warna yang menjadi kemestian untuk setiap peminat! Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman Lazada dan dapatkannya harini sementara stok masih ada.

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.