Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, sebanyak 21,315 kes positif harian COVID-19 yang telah dilaporkan hari ini iaitu meningkat sedikit berbanding semalam, 21,072 kes.
Angka itu sekaligus menjadikan jumlah kumulatif kes di Malaysia bertambah kepada 3,061,550 kes.
Menurut Noor Hisham, 99.59 peratus dari jumlah kes yang direkodkan hari ini adalah dalam kategori satu dan dua, manakala selebihnya dalam kategori tiga, empat dan lima.
“Daripada 21,315 kes harian yang dilaporkan pada 14 Februari 2022, 87 kes (0.41 peratus) melibatkan kategori tiga, empat dan lima dan 21,228 kes (99.59 peratus) melibatkan kategori satu dan dua,” jelas beliau.
Memetik hantaran di laman sosial rasmi Noor Hisham Abdullah, pecahan kes COVID-19 setakat hari ini mengikut kategori adalah seperti berikut:
Kategori 1 – 6,200 kes (29.09 peratus)
Kategori 2 – 15,028 kes (70.50 peratus)
Kategori 3 – 48 kes (0.23 peratus)
Kategori 4 – 23 kes (0.11 peratus)
Kategori 5 – 16 kes (0.07 peratus)
Maklumat terperinci seperti pecahan kes positif harian di setiap negeri, kes kematian, kes sembuh dan lain-lain akan dikemaskini di laman web COVIDNOW.
Daripada kes harian yang dilaporkan pada 14 Februari 2022;
•87 kes (0.41 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
•21,228 kes (99.59 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.Kategori 1 : 6,200 kes (29.09%)
Kategori 2 : 15,028 kes (70.50%) pic.twitter.com/cb8g0zEeF9— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) February 14, 2022
Sumber: DG Hisham