Sekumpulan burung perling yang berkumpul berhampiran bandar Patras, Greece pada Rabu lalu mencipta semula babak yang berada dalam filem seram arahan Alfred Hitchcock, iaitu The Birds (1963).
Memetik Greek Reporter, ribuan burung perling tersebut terbang melintasi jambatan Rio-Antirrio dalam formasi sfera yang sangat jelas.
Jelas kelihatan di udara, ribuan kawanan burung itu seolah-olah mengembang dan mengecut dengan seragam. Hal ini sangatlah jarang berlaku dan ‘rare’.
Saat yang menakjubkan itu sempat dirakam oleh seorang individu warga tempatan
Menurut Greek Reporter, terdapat burung-burung ini yang bermastautin di Eropah barat dan selatan serta Asia barat daya.
Mankala populasi yang berada di timur laut akan berhijrah ke selatan dan barat pada musim sejuk untuk tujuan pembiakan.
Khabarnya, kawanan besar yang tipikal bagi spesies ini mampu memberi manfaat kepada pertanian dengan mengawal haiwan perosak.
Namun, burung ini turut boleh menjadi perosak kerana mereka juga makan buah-buahan dan tanaman yang bercambah.
Selain itu, burung ini juga boleh menyebabkan pencemaran bunyi apabila waktu senja, lebih-lebih lagi jika mereka berkumpul di kawasan bandar besar.
Untuk pengetahuan anda, burung perling memiliki bulu yang hitam berkilat seperti logam dan hanya bersaiz sederhana.
View this post on Instagram
Sumber: Greek Reporter